WOW!! 10 ARTIS DARI SABAH YANG CUN..MEMANG CANTIK BAH..

Negeri Sabah ini boleh dikatakan telah banyak melahirkan anak-anak seni yang cukup popular dan

dikenali di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa (bukan bohong semata-mata ya). Tak kira lar ya

sama ada dari bidang nyanyian, lakonan, pengacaraan, peragaan dan banyak lagi bidang seni yang lain

yang rasanya sampai keluar anak tekak pun tak habis sebut. Ada antara mereka ini begitu menyerlah

bukan sahaja atas jasa kontoversi yang menimpa tetapi juga atas bakat yang memang layak lah dapat

tempat dan nama kat Malaysia ni. Jadi berikut ialah merupakan 10 orang sumandak Sabah yang teratas

pada pendapat saya yang mempunyai wajah jelita, comel dan yang paling penting mempunyai bakat

yang baik punyerrr!.. Popular juga bah dorang ni :

Linda Nanuwil : bekas pelajar AF2 ini merupakan naib juara bagi rancangan tersebut. Sekarang

dia ni tenggelam timbul pula dalam dunia seni ni, sekejap ada sekejap tak ada.

Walaubagaimanapun, Linda dikatakan telah mengeluarkan album Kadazan Dusun di Sabah. Good

luck Linda!

Adira : bintang yang baru bersinar ini merupakan naib juara juga dari rancangan AF8. Adira

adalah bintang yang sangat berbakat dan jika pandai membawa diri dalam industri kita ni, tak

mustahil dia boleh setanding Siti Nurhaliza. Adira sangat beruntung kerana telah berjaya

menyertai AF dengan kakak sendiri iaitu Ema. Teruskan Adira !

Ain : artis kelahiran AF8 ini pernah dikatakan bakal menjadi satu fenomena dalam AF pada

minggu pertama persembahan beliau, namun telah disingkirkan sebelum konsert akhir kerana

persembahan yang dikatakan menjadi suam-suam kuku jer. Tapi orang bilang Ain ni seiras

Beyonce (betul ker). Ain!!!…

Che’nelle : artis antarabangsa yang cukup popular dengan lagu ” I fell in love with the DJ” ini adalah

berasal dari Kota Kinabalu. Beliau lebih dikenali di peringkat antarabangsa berbanding Malaysia. Bangga

juga lar ada juga lah orang Malaysia yang berjaya di luar sana. Malaysia boleh !..hehe

Azharina Azhar : artis kelahiran Sabah yang agak senior berbanding sumandak lain yang

tersenarai dalam Top 10 ini merupakan artis Malaysia yang sangat sporting dan tidak hipokrit

berbanding artis lain.

Lagu beliau iaitu Elegi Sepi masih merupakan antara lagu yang dikatakan lagu “berhantu”.

Sekarang Azharina sudah single ya…hehe…

Noni : bekas pelajar AF5 ini pada mulanya memang kurang digemari oleh penonton dan telah

disingkirkan pada minggu ke-4. Berbekalkan muka yang boleh dikira cantik dan bakat dalam diri,

Noni kini tampil lebih kepada bidang lakonan berbanding nyanyian…

Marsha : Finalis AF3 ini terkenal dalam bidang peragaan, lakonan dan nyanyian. Marsha kini lebih

menyerlah dalam bidang peragaan dan lakonan berbanding nyanyian sama seperti noni tadi.

Kemanjaan Marsha antara yang menjadi tatapan peminat..

Stacy : sumandak Sabah yang agak berjaya dalam persada seni sekarang ini adalah merupakan

juara AF6 yang terkenal dengan kelincahan di atas pentas dengan tarian yang memukau. Wajah

yang comel juga merupakan aset Stacy.

Amber Chia : Model yang berasal dari Sabah ini adalah merupakan model antarabangsa. Amber

juga pernah berlakon filem. Beliau merupakan supermodel Malaysia dan yang patut

dibanggakan, beliau berasal dari Sabah!!!!…

Joanna Sue : Artis baru sumandak Sabah ini merupakan naib juara Bintang RTM dan pernah

menjadi Unduk Ngadau 2007. Kejelitaan Joanna telah menambat hatiku pertama kali melihatnya

di kaca TV (hahaha). Mempunyai lagu duet dengan Aliff Aziz iaitu Kalau Cinta.. (best tau).. Tahniah

Joanna !

Kredit : fadzilpunyablog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *