Wanita Bangga Ejek Pekerja KFC Yang OKU di Instagram Teruk Dikecam Netizen

[Video penuh ada di bawah]

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itulah ungkapan yang sesuai bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai pekerjaan. Berani menghadapi dunia luar, OKU seharusnya dipuji dan diberi dorongan.

Malangnya, sesetengah rakyat Malaysia masih mempunyai mentaliti kelas ketiga. Baru-baru ini seorang pengguna Twitter mendedahkan perbuatan keji seorang wanita yang mengejek dan merakam pekerja OKU di Instagramnya.

Warga OKU diejek sebagai zombi

 

Perbuatan biadap wanita ini mendapat reaksi orang ramai di Twitter dan ternyata perbuatan sebegini tidak boleh dimaafkan. Mungkin tidak tahan dikecam selepas videonya itu jadi tular di media sosial, akaun Instagram wanita itu kemudiannya telah diprivatekan.

Difahamkan, kejadian ini bukan berlaku di Malaysia, sebalikya terjadi di KFC Jurong Point, Singapura.

Sangatlah tidak matang dan kurang ajar. Netizen juga turut kecewa dengan kelakuan wanita tersebut.

Rata-rata netizen mengecam teruk perbuatan makhluk tersebut yang sangat tidak bermoral.

Pekerja OKU yang rajin dan berani

Wanita tu sepatutnya malu dengan OKU tersebut

Sebagai manusia yang telah dikurniakan kesihatan tubuh badan dan mental, kita janganlah bersikap melampaui batas dengan menghina dan mencaci mereka yang kurang upaya.

Video:

Sumber: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *