Wanita 54 Tahun Meninggal Di Pusat Mengundi

DUNGUN – Seorang wanita tidak sempat mengundi apabila dia meninggal dunia ketika sedang beratur menunggu giliran di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, pagi ini.
Rokiah Sulong, 54, dari Kampung Pelandang tiba-tiba rebah di pusat terbabit, kira-kira jam 8.20 pagi.

Anak sulong mangsa, Nur Zita Md Nor, 36, berkata dia membawa ibu itu ke pusat mengundi, kira-kira jam 8 pagi.

Katanya, dia ketika itu beratur di saluran dua manakala ibunya itu beratur di saluran empat.

“Saya mendengar suara ada orang rebah dan tak sangka ia adalah ibu sebelum seorang penduduk memaklumkan kepada saya.

Saya bergegas ke saluran ibu dan mendapati ibu ketika itu sudah tidak sedarkan diri dan saya ajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

” Pegawai Perubatan yang tiba mengesahkan ibu sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke rumah untuk urusan pengebumian.

“Ibu memang ada menghidap penyakit darah tinggi dan sentiasa berjumpa doktor tiga bulan sekali,” katanya sambil menambah sebelum ke tempat mengundi, ibunya sempat makan ubat dan arwah sangat gembira dan tidak sabar untuk mengundi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

sumber :wartawan jalanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *