Video Bayi Berbuih Mulut Tapi Kru Pesawat Sanggup Buat Macam Ni

Alahai, sampai macam tu sekali!

Menurut mStar, dah viral video di media sosial seorang ibu merayu kepada kru cabin untuk membuka pintu pesawat selepas bayinya tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih, tapi malangnya permintaanya ditolak. OMG!

Wanita itu memohon kepada kakitangan Pakistan International Airlines (PIA) dari Paris ke Islamabad untuk membenarkannya mendapatkan udara segar sambil menunggu pesawat berlepas.

Hal ni sebab penerbangan tersebut mengalami kelewatan selama dua jam dan penyaman udara rosak menyebabkan bayinya panas dan sesak nafas. Kebetulan, suhu di Perancis pada masa itu dilaporkan berada pada 35 darjah celcius.

Penumpang lain juga dilihat cuba membantu sehingga menyebabkan berlaku pertikaian sambil memaksa kakitangan untuk membuka pintu pesawat.

Mereka kesal dengan apa yang berlaku dan berkata syarikat penerbangan harus dipersalahkan jika sebarang perkara buruk berlaku kepada bayi itu.

Sementara itu, kru pesawat cuba mendapatkan kebenaran untuk membuka pintu tetapi diberitahu mereka tidak dibenarkan berbuat demikian. Wanita itu kemudian kembali ke tempat duduknya sementara penumpang lain terus memaki hamun kru tersebut.

Walau bagaimanapun, syarikat penerbangan itu berkata penerbangan hanya tertunda selama 30 minit je tetapi siasatan telah dilancarkan oleh presiden syarikat. Dalam satu kenyataan menyatakan,

“PIA telah mengambil perhatian serius tentang kejadian malang yang berlaku pada PK750. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dr Musharraf Rasool Cyan telah mengambil perhatian segera dan serius dan telah meminta siasatan terperinci mengenai perkara itu.

“Kelewatan itu adalah selama 30 minit selepas pintu ditutup, pesawat sudah siap untuk ditolak. Walau bagaimanapun, pelepasan Kawalan Trafik Udara tidak diterima dan pesawat itu tidak dapat menghidupkan enjinnya kerana pesawat itu masih berada di landasan.”

Adoyai, sian baby tu…

Video penuh:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *