Terpegun Dato Fadzilah Kamsah Bila Johan Baca Sepotong Ayat Al-quran Dengan Lancar, Sampai Ternganga Zizan Dibuatnya

[video penuh ada di bawah]

Akhirnya, selepas 44 hari pelawak dan penyampai radio popular, Johan, mengumumkan nama anak kelimanya di laman sosial Instagram (IG), semalam.

Bayi perempuan tersebut yang dipanggil dengan nama Baby C sebelum ini telah dinamakan sebagai Nur Latifah Moleiq Hanania.

PIC: INSTAGRAM @JOZLYNNHANANIA

Yeay! Baby C dah ada nama…Nur Latifah Moleiq Hanania, unik kan?

Johan ketika ditemui Rojak Daily Kaw! berkata, ini bukan kali pertama dia lambat memberikan nama kepada anak-anaknya.

“Sebelum ini Chantiq…Selepas berusia lima bulan baru saya pergi daftarkan nama dia di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Kekangan masa antara sebab saya terlewat untuk daftarkan nama Chantiq ketika itu. Sudahlah lambat, kena bayar denda pula tu,” katanya ketawa

Dalam pada itu ketika ditanya samada dia akan membenarkan anak-anak iaitu, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq mengikut jejak langkahnya dan isteri menceburi bidang seni, Johan mengakui tidak buat masa sekarang.

Menurut Johan, dia lebih selesa anak-anaknya membesar seperti rakan sebaya mereka yang lain dan memberi tumpuan pada pelajaran.

PIC: INSTAGRAM @JOZLYNNHANANIA

Gelagat Ariq, 13, Sodiq, 8, Haziq, 5, dan Chantiq, 3, di Majlis Aqiqah Moleiq baru-baru ini

“Jujur, ada beberapa tawaran yang datang kepada saya untuk ‘melamar’ kami sekeluarga. Malah ada syarikat produk penjagaan bayi pernah menawarkan ratusan ribu ringgit untuk kami terlibat dalam iklan mereka.

“Bukan kerana tidak berminat atau ‘kekwat’, tetapi buat masa ini saya mahu mereka memberi tumpuan pada pelajaran masing-masing dahulu.

Video Yang Buat Dato Fadzilah Kamsah Terpegun

Ternganga Zizan bila Johan baca potongan ayat Al-Quran. Jangan…

Ternganga Zizan bila Johan baca potongan ayat Al-Quran. Jangan fikir pelawak tak tahu apa-apa. – #omm

Posted by Oh My Media Taiko Tai on Sabtu, 7 Mei 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *