Terasa Hampir Putus Nafas Kakak, Dedah Sari Yanti

Pelakon Sari Yanti mendedahkan bahawa dia melahirkan bayi perempuannya lebih awal daripada yang dijangkakan iaitu pada 17 Mei depan bersamaan dengan 1 Ramadhan.

Pada masa sama, isteri kepada pelawak, Jep Sepahtu itu turut mendedahkan pengalaman bersalin kali ini berbeza daripada sebelumnya.

Menurut Sari, dia berada lama di bilik bersalin dan memberi gambaran keadaannya pada saat itu bagaikan hampir terputus nafas.

Perkara itu telah dikongsi oleh Sari sendiri menerusi salah satu entri terbaharu di laman Instagram miliknya pada Khamis.

“Kakak (merujuk dirinya) selamat melahirkan di usia kandungan kakak 37 minggu. Ingatkan dia keluar pada hari pertama Ramadhan. Rupa-rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutama abah dia.

“Lama betul kakak dalam bilik bersalin kali ini. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang tersayang,” tulisnya menerusi entri berkenaan.

Bagaimanapun Sari meluahkan rasa syukur kerana anaknya itu dapat dilahirkan dengan selamat selain mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan orang ramai buat mereka sekeluarga.

Malah, Sari turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang banyak memberi semangat dan menunjukkan rasa bimbang sepanjang proses kelahiran.

“Terima kasih sayang untuk doa dan semangat, cinta dan kasih sayang. Wajah awak yang sayang sangat, bimbang, panik, buntu, sebak semua itu menjadi memori yang sangat indah,” kata Sari

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari 2017 dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara, Selangor.

Difahamkan, ia merupakan perkahwinan kedua Sari Yanti setelah berpisah dengan bekas suaminya, Mohd. Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014.

Hasil perkahwinan terdahulu, Sari dan bekas suami dikurniakan dua orang cahaya iaitu Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

– MYNEWSHUB.CC/AM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *