Sisi Lucu Bung Mokhtar, Berdekah-dekah Kena Gelak Dengan Zizie Ezette

[Video penuh ada di bawah]

Video berdurasi 15 saat yang tersebar sekitar Jun lalu menunjukkan MP Kinabatangan, Bung Mokhtar melompat sambil menaiki eskalator di Imago Shopping Mall di Kota Kinabalu bersama isterinya, Zizie Ezette.

Video itu telah dimuatnaik oleh isterinya di Insta Story beliau.

Video tersebut menunjukkan Ahli Parlimen Kinabatangan itu yang duduk di tangga eskalator ketika ia turun sementara isterinya, Zizie cuba mendapatkan reaksi darinya dengan berulang kali dengan memanggil “YB” kepadanya.

Bagaimanapun, apabila eskalator itu sampai dibawah, Bung mendapati sukar untuk berdiri semula dan berguling ke belakang sedikit sebelum akhirnya jatuh ke hadapan.

Ketika Bung melompat ke belakang, Zizie tidak dapat mengawal dirinya lalu ketawa dengan berdekah-dekah. Video itu kemudiannya menunjukkan Bung juga ketawa kerana insiden tersebut.

Di bahagian kedua Insta Story, Zizie dengan manjanya cuba bertanya Bung tentang apa telah berlaku di eskalator tadi.

“Kenapa YB? Kenapa YB jadi macam tu sejak kekalahan BN ke?” Tanya Zizie sambil ketawa dan Bung juga bertindak dengan ketawa sekali.

Menurut laporan, Ahli Parlimen Kinabatangan yang bertindak duduk di eskalator kerana dia letih berpuasa.

Video Penuh:

>Artikel Lain<

KECOH! BUNG MOKTAR MENGAMUK, HABIS KELUAR SEMUA PERKATAAN “F*** YOU” DALAM DEWAN PARLIMEN.

Dalam dewan Parlimen, kutuk mengutuk dan celah-mencelah memang suatu perkara yang biasa tetapi bila sudah keterlaluan sehingga mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya memang tidak boleh diterima terutama di dalam Dewan Parlimen itu sendiri kerana ia diibaratkan tidak menghormati Dewan.

Semalam kita dikejutkan dengan ayat P*****ak dan hari ini 1 lagi bahasa kesat yang maksudnya lebih kurang sama dengan ayat semalam. Adakah ini akan menjadi trend bila dewan parlimen bertukar seperti dalam pasar?

Tegang! Bung Moktar mengamuk: ‘F*** You!”

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mengamuk di dewan rakyat sehingga mengeluarkan perkataan lucah di dalam dewan rakyat.

Ia berlaku ketika Bung yang bangun mencelah ketika Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membahas mengenai GST.

Bung ketika itu yang membahas mengenai GST kemudian terganggu dengan celahan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang mencelah mengenai kasino.

INI PUNCA KENAPA BUNG MUKHTAR MENGAMUK DALAM DEWAN

Kasino itu dipercayai merujuk kepada beberapa keping gambar yang menyerupai Bung dilihat berjudi di kasino. Namun gambar itu tidak dapat disahkan kesahihan.

Kemudian dewan semakin tegang apabila beberapa perkataan lain keluar seperti ‘pelacur’, ‘bapak kau’.

Ahli Parlimen kerajaan bangun mahu Bung menarik balik perkataan-perkataan tersebut.

Keadaan yang tidak dapat dikawal sehingga memaksa Timbalan Speaker dewan rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menangguhkan perbahasan itu bagi meredakan keadaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *