Serius Kelakar, Memang Boleh Pecah Perut Dibuatnya. Patutla Boleh Dapat 1.8juta Pada Hari Pertama Tanyangan. Apa Rahsia Disebalik Cerita Hantu Kak Limah Ni Yer?

FILEM Hantu Kak Limah sudah pun berada di pawagam dan pencinta filem tidak putus-putus untuk menyaksikan seterusnya memuji hasil filem arahan Mamat Khalid ini.

Sebuah filem komedi seram, pelbagai babak menarik dan pastinya membuatkan penonton tak kering gusi sampai boleh pecah perut dibuatnya!

Apalah agaknya rahsia sampai siri ni boom kan? Mungkin sebab ini kot…

#1. Kak Limah sudah berkahwin.

Kak Limah yang dilakonkan oleh Delimawati baru sahaja berkahwin dengan sahabat Husin (Dato’ Awie) iaitu Khuda (TJ ISa) Cinta mereka bagai cinta sejati.

#2. Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

Husin dan Wani tidak tahu berita kana kematian Kak Limah kerana terlalu asyik menangkapo burung didalam hutan.

#3. Gadis “misteri” dikenali sebagai bunian.

Husin bertemu dengan seorang gadis cantik yang misteri, lakonan Uqasha Senrose di dalam hutan dan mula jatuh cinta dengannya.

#4. Kelibat Kak Limah yang menyeramkan masih ada meskipun sudah mati.

Kelibat Kak Limah masih merayau-rayau di sekitar Kampung Pisang.

#5. Zul Ariffin sebagai watak baru dalam file HKL.

Kemuculan Zul Ariffin yang merupakan watak baru dalam filem ini berjaya memegang watak Solihin iaitu seorang guru silat untuk membantu berdepan dengan hantu Kak Limah.

#7. Husin lakonan Dato’ Awie pulang ke Malaysia semula.

Dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin sudah 2 tahun bekerja di Singapura. Namun, dalam filem ini pula, Husin mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya.

#8. Teknik solekan setanding filem “luar”!

Teknik solekan yang sesuai dengan karakter yang dimainkan oleh para pelakon.

#9. Berlatarbelakangkan suasana kampung yang harmoni.

Mengisahkan suasana di Kampung Pisang yang hidup berjiran dan sentiasa mengadakan mesyuarat tergempar sekiranya berlaku masalah di kampung berkenaan.

#10. Dibintangi pelakon & pelawak terhebat.

 

Pengarah Mamat Khalid seorang yang bijak kerana memilih pelakon yang bersesuaian memegang watak yang dilakonkan. Antara bintang veteren seperti TJ Isa, Rab Khalid, Mohd Sharwani dan Imuda.

#BONUS – Penampilan istimewa DS Vida dan Erra Fazira.

Penampilan khas kedua–dua diva ini dalam filem Hantu Kak Limah pastinya lebih gamat!

Kepada mereka yang belum sempat menyaksikan filem arahan Mamat Khalid ni, anda semua WAJIB pergi tonton filem gempak ni! – mstar

Trailer filem Hantu Kak Limah

Baca juga …

Kelakar habis… ‘Hantu Kak Limah’ kutip RM1.8 juta hari pertama tayangan

PETALING JAYA: Baru sahaja ditayangkan di pawagam, filem Hantu Kak Limah (HKL) telah melakar dua rekod tersendiri.

Filem arahan Mamat Khalid itu berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaannya pada Rabu lalu.

Kejayaan filem itu berganda apabila berjaya mendapat kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama ia ditayangkan umum pada Khamis.

Kutipan tersebut sekali gus merekodkan HKL sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pembukaan.

Hantu Kak Limah dibarisan pelakon terkenal seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May dan ramai lagi.

Malah, pelakon Erra Fazira, Datuk Seri Vida dan Jue Aziz turut muncul sebagai penampilan istimewa.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini boleh ditonton di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Manakala, di Singapura bermula hujung minggu ini.

#hantukaklimah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *