Selepas Hampir 30 Minit Membunyikan Hon Dan Tiada Siapa Yang Muncul, Tindakan Pemandu Hilux Ini Pasti Buat Pemilik Honda City Ini Menyesal Seumur Hidup.

Masalah “double park” di tempat awam bukan sahaja mendatangkan masalah kepada pengguna lain, malah menimbulkan rasa kurang senang bagi pengguna yang mematuhi peraturan.

Kebiasaannya dalam situasi seperti itu, pemilik kereta yang terkesan dari “double park” ini akan membunyikan hon dan menunggu beberapa minit dengan harapan owner kenderaan itu muncul.

Tetapi tidak bagi pemilik Toyota Hilux ini apabila hilang sabar lalu bertindak mengundurkan kenderaannya dan merempuh kereta Honda City yang menghalang laluan keluar dari tempat letak kereta beberapa kali.

Lapor China Press, kejadian itu berlaku pada jam 11.30 malam 5 Ogos lalu berhampiran sebuah restoran di Bentong, Pahang.

Menurut sumber, pemandu kereta pacuan empat roda itu terdahulu membunyikan hon sebanyak lima kali, namun pemilik Honda City berwarna kelabu gelap itu tidak muncul.

Berang dan hilang sabar, dia mengambil keputusan untuk mengundurkan saja kenderaan dan merempuh kereta di belakangnya sebanyak lima kali menyebabkan beberapa pelanggan restoran itu mula menjauhkan diri bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku.

VIDEO:

Posted by Siakap Keli on Selasa, 7 Ogos 2018

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, selepas beberapa kali kereta itu dirempuh, pemiliknya yang dipercayai duduk di restoran berkenaan segera datang dan meminta pemandu Toyota itu berhenti dari menjahanamkan keretanya.

“Pemandu Toyota itu dah hon setengah jam dan pemilik Honda itu pula tak buat apa-apa. Cuma duduk di situ berbual dengan rakannya.

“Semua orang ada kehidupannya sendiri dan apa yang dia (pemilik Honda) itu fikir yang masanya lebih berharga dari lelaki itu?” kata netizen yang berada di tempat kejadian.

Menurut World of Buzz, pemandu Toyota itu telahpun ditahan reman oleh polis kerana merosakkan harta orang lain, sementara itu pemilik Honda berkenaan tidak dikenakan sebarang tindakan.

sumber: World of Buzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *