Sekarang Boleh ‘Move On’ Daripada #kekechallenge

Tarian #kekechallenge yang menjadi ikutan ramai selebriti tempatan ketika ini mungkin bukan lagi hebat jika dibandingkan aksi seorang remaja yang dikongsi penyanyi popular, Faizal Tahir.

Menerusi status di Instagramnya, @faizal_tahir, dia berkongsi satu video yang dimuat naik di media sosial itu yang menunjukkan aksi yang lebih hebat daripada #kekechallenge.

Netizen yang menonton video tersebut turut kagum apabila menyaksikan seorang lelaki kulit hitam yang menunjukkan kemahiran menimbang sesuatu di kakinya.

Bagaimanapun, sesuatu itu bukanlah bola sepak tapi topi yang dipakai lelaki itu.

Bayangkan, lelaki itu boleh menimbang topi yang ringan itu sebanyak lebih 20 kali!

Aksi remaja itu juga mendapat sorakan penonton termasuk aksinya membuat aksi topi itu naik semula ke atas kepalanya selepas ditimbang.

“This we called challenge,” kata netizen dikenali sebagai @norazizyarshad.

Seorang lagi netizen iaitu @intan.hassan mengakui dia sebenarnya sudah muak mendengar lagu yang dimainkan ketika #kekechallenge.

“I even sick of listening to that song..if keluar kt radio cpt2 tuka station lain,” katanya.

sumber Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *