Sebuah Filem bertajuk ‘Mahathir Penyelamat Malaysia’: Kisah Tun M ke Bollywood?

SEORANG produser Bollywood merancang pembikinan filem mengenai kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawat kembali jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan menggambarkan beliau sebagai penyelamat dalam kempen memerangi rasuah.

Raman Kumar, 73, berkata filem itu akan memberi tumpuan kepada intrik politik dan bagaimana Dr Mahathir menggunakan akal budi, kebijaksanaan dan pengalaman 22 tahun sebagai perdana menteri, dari tahun 1981 hingga 2003, untuk berkempen atas platform anti rasuah untuk menerajui negara, sekali lagi.

“Saya mahu mengarahkan dan menghasilkan filem ini kerana Dr Mahathir, pada usia 92 tahun, dapat membawa rakyat Malaysia supaya bersama-sama dengan apa yang terbukti sebagai pilihan raya kemenangan (bagi beliau dan pakatannya). Beliau memang memiliki kekuatan, keinginan dan ketabahan yang mengagumkan,” katanya kepada BERNAMA.

Image result for kemenaNGAN PAKATAN HARAPAN

Dengan tajuk filem yang dirancang bertajuk ‘Mahathir Penyelamat Malaysia’, filem itu akan dirakamkan dalam bahasa Hindi dan dialih suara ke Bahasa Melayu dan Inggeris.

Raman, yang sudah menghasilkan lebih daripada 10 filem termasuk lima di Malaysia, menyatakan bahawa kepimpinan Dr Mahathir dalam memupuk hubungan antara kaum mendorong rakyat Malaysia untuk mengundi bagi sebuah kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH), yang dipengerusikannya, selepas 60 tahun kemerdekaan.

Dr Mahathir menerajui PH untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya umum 9 Mei, meranapkan gabungan Barisan Nasional yang begitu hebat di bawah pendahulunya Datuk Seri Najib Razak yang sudah meletak jawatan sebagai pengerusi BN.

“Malaysia dilahirkan semula. (Mei adalah hari baharu. Malaysia sudah diberi peluang baharu,” katanya.

Raman, yang tinggal di United Kingdom, Mumbai di India dan juga Malaysia berkata, filem itu akan menampilkan pelakon Malaysia dan sebahagian daripada kru filem dari Mumbai.

Ikut rekod, teater mengenai Tun Mahathir sebelum ini pernah di pentaskan di Istana Budaya

Muzikal Tun Mahathir

Image result for TEATER TUN MAHATHIR

Pementasan teater Muzikal Tun Mahathir menjadi lebih bermakna apabila isteri kepada negarawan tersebut iaitu Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyaksikan teater berkenaan malam tadi.

Isteri bekas Perdana Menteri itu hadir di Panggung Sari Istana Budaya setelah teater tersebut mula dipentaskan pada umum sejak Sabtu lalu.

Turut menyaksikan teater itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isterinya, Datin Seri Masnah Rais serta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Teater tersebut dipanjangkan tempoh pementasannya sehingga 9 Oktober ini kerana mendapat sambutan menggalakkan. Muzikal Tun Mahathir menampilkan pelakon seperti Esma Daniel dan Zizan Nin yang melakonkan watak Dr. Mahathir, manakala Erra Fazira membawakan watak, Siti Hasmah.

sumber: hmetro, malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *