RM185 untuk Tutup Mulut! Founder Kopi Campur Klorox Rupanya Samseng Ugut Orang Miskin

RM185 untuk tutup mulut! Founder Kopi campur Klorox rupanya samseng ugut orang miskin | Founder VS Pengguna Ingat lagi kes kopi campur klorox makcik momo ni? Lepas kes tu dapat liputan media, makcik momo ni ke rumah mangsa (Siti Hajar). Mangsa diminta untuk menarik semula report polis atau founder momo ni ugut untuk saman Siti Hajar RM4 juta.

Makcik momo samseng bukan stakat ugut mangsa, malah video bukti mangsa minum kopi Green 35 dipadam dari handphone mangsa. Kemudian ponder pundek ni bagi RM185 untuk mangsa diamkan diri. Siti Hajar juga dipaksa baca statement yang ditulis oleh founder, dan founder merakam “pengakuan” Siti Hajar.

Rupanya bukan Siti Hajar saja yang kena ugut. Ramai lagi takut dengan makcik momo samseng ni. Lepas berbincang dengan Siti Hajar dan peguam, Siti Hajar bersetuju untuk saman founder ! Terbaekkklah!

Founder VS PenggunaIngat lagi kes kopi campur klorox makcik momo ni? Lepas kes tu dapat liputan media, makcik momo ni…

Posted by Khairul Yoi on Jumaat, 17 Ogos 2018

Terima kasih kepada peguam yang terlibat kerana membantu skuad yang teraniaya dalam urusan ini. Sebab peguam ni serius punya gentle, dia banyak membantu meringankan beban Siti Hajar.

Harap lebih ramai pengguna yang berani untuk tegakkan hak sebagai pengguna lepas ni. Ramai yang sudi bantu, nak harapkan kkm, bersepah klinik fake braces, pemborong sampah, founder sampah, segala sampah diorang belum kutip. Tapi alhamdulillah, hasil report kita tentang kegiatan makcik momo itu hari, kkm dapat 500 lebih email dari skuad, dan kkm sedang usahakan untuk mengenakan tindakan tegas kepada makcik momo.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang kepada Puan Siti Hajar untuk fight makcik momo di mahkamah dan kembalikan kuasa pengguna, korang boleh menyumbang di sini :-

Siti Hajar (Maybank) – 153047923752 Tak payah banyak2, sorang rm1 dah cukup dah. Kalau 3k orang, dah rm3k. Hari jumaat ni, elok la korang mudahkan urusan orang. Moga tuhan mudahkan kembali urusan korang.

Mari kita tolong skuad kita lawan founder samseng! Yang dah sumbang ss la sikit nak tengok..

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, smiling, text

Image may contain: 1 person, selfie and closeup

Image may contain: text

Image may contain: text

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person

No automatic alt text available.

kepada sesiapa yang sudi membantu orang susah yang teraniaya iaitu Hajar bolehlah hulurkan sumbangan kepada akaun bank beliau untuk upah peguam  Siti Hajar (Maybank) – 153047923752

#skuadpenggunabijakmalaysia
#skuadpenggunabijakbrunei
#skuadpenggunabijakindonesia
#skuadpenggunabijaksingapore
#skuadpenggunabijakborneo
#skuadantikilo
#skuadantisampah
#kilovengers

ARTIKEL SEBELUM INI  SITI HAJAR DEDAHKAN KESAN MINUM KOPI PELUNTUR

Pelanggan dedah ‘rasa nak putus nyawa’ selepas minum kopi campur peluntur

PETALING JAYA: Gara-gara terpedaya dengan keberkesanan kopi yang didakwa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit sekali pun diminum bersama cecair peluntur, seorang wanita terpaksa dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas.

Ibu kepada empat cahaya mata itu bukan sahaja mempertaruhkan nyawanya, malah nyawa anaknya yang berusia lapan tahun apabila diminta oleh seorang peniaga untuk minum kopi jenama G****** yang dicampur cecair peluntur pada Khamis lalu.

Siti Hajar Abdullah (gambar), 30, yang berasal dari Gua Musang, Kelantan berkata, dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang ketara selepas minum campuran kopi dan cecair peluntur tersebut, sebaliknya mendakwa mula berasa sesak nafas seminggu selepas itu (semalam).

Ketika ditanya mengapa dia mudah mempercayai kata-kata peniaga tersebut, Siti Hajar berkata: “Saya pun tidak tahu kerana saya ni orang kampung sahaja, saya tidak tahu yang minum peluntur itu bahaya.

“Semalam (Khamis) baru saya rasa sesak nafas dan seperti ‘putus’ nyawa. Anak yang berusia lapan tahun pun turut ikut saya minum sekali.

“Saya segera menghubungi suami untuk memberitahu tentang keadaan saya dan suami bawa saya ke hospital untuk dapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Anak lelaki Siti Hajar berusia lapan tahun yang turut minum kopi dicampur dengan cecair peluntur.

Tambah Siti Hajar, dia mengaku terpengaruh dengan dakwaan yang dibuat oleh peniaga mengenai manfaat kopi tersebut yang boleh merawat pelbagai penyakit.

Menurutnya, akibat sesak nafas dia dimasukkan ke hospital selama sehari sebelum meminta kebenaran daripada doktor untuk pulang.

“Doktor tak tolak kemungkinan ini kesan sampingan kerana saya mempunyai penyakit buah pinggang, jantung dan darah tinggi,” jelasnya.

Wanita tersebut mendakwa telah membeli tiga kotak kopi berkenaan yang dijual pada harga RM95 sekotak.

Sementara itu, suami Siti Hajar, Mohd Fauzi Zakaria, 39, telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengasas kopi terbabit.

“Pada asalnya saya tidak tahu isteri saya minum kopi dengan cecair peluntur kerana saya tidak berada di rumah ketika kejadian.

“Lepas saya tahu mengenai perkara ini, saya marah isteri sehingga tidak bertegur dengan dia,” katanya.

Susulan kejadian, Siti Hajar cuba mendapatkan penjelasan daripada rakan yang memperkenalkan produk itu kepadanya.

Kopi tersebut dijual pada harga RM95 sekotak.

Namun, rakannya bukan sahaja enggan bertanggungjawab malah meminta agar Siti Hajar tidak terlalu memikirkan mengenai perkara ini.

“Dia kata jangan percaya komen negatif yang ditulis di Facebook kerana “biasalah ada orang nak tutup periuk nasi mereka”, mereka kan berniaga.

“Saya risau (kesihatan) anak saya pula sebab dia pun minum juga,” tambah Siti Hajar.

Pada Khamis, mStar Online melaporkan, terdapat peniaga dalam talian berani mempertaruhkan nyawa pelanggannya demi membuktikan kopi yang dijual oleh mereka itu mujarab.

Pengendali laman Facebook kopi tersebut turut memuat naik beberapa video yang menampilkan pelanggan berbeza minum kopi yang dicampur cecair peluntur.

Minuman yang dijual pada harga RM95 sekotak itu didakwa sejenis kopi antiracun dan antikanser, selain mampu membantu menurunkan kadar gula dalam darah serta merawat batu karang.MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *