Ramai Tak Sangka Abang YB Syed Saddiq Tinggi Dan Sado Macam Zul Ariffin, Persis Model!!

Jika Syed Saddiq mencairkan hati rakyat Malaysia menerusi kredibiliti, ketokohan dan komitmennya dalam politik, tidak terkecuali ahli keluarganya turut terkena tempias.

Baru-baru ini, tular beberapa keping foto wajah abang kandungnya, Syed Abdullah yang disifatkan netizen ‘delishish’.


Bukan hanya kacak malah Syed Abdullah, 29, juga memiliki badan tegap persis model antarabangsa.

Malah, menurut carian netizen, Syed Abdullah memiliki ketinggian 192 sentimeter.

Menurut informasi yang dikongsikan di Facebook peribadi, Syed Abdullah merupakan graduan Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute Of Aviation Technology (MIAT).

Kemudian, jejaka kacak itu meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan aerospace di Embry-Riddle Aeronautical University, Daytona, Amerika Syarikat.

Kini, Syed Abdullah difahamkan berkhidmat bersama Emirates Airlines.

PRU14 menyaksikan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas 60 tahun Barisan Nasional memerintah.

Syed Saddiq yang juga menggalas jawatan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mencipta sejarah sebagai ahli politik termuda dalam kabinet negara.

Keunggulan Syed Saddiq berjaya memenangi kerusi Dun Muar dengan menewaskan Datuk Seri Razali Ibrahim dari Barisan Nasional yang pernah menyandang tiga penggal kerusi berkenaan.

Video Penuh di bawah :

BIODATA SYED SADDIQ

Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (lahir 6 Disember 1992) adalah merupakan Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau adalah bekas Juara Debat Asia. Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Undang-undang.

Beliau telah dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru, Johor, Malaysia. Beliau pernah belajar di Maktab Tentera Diraja sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Semasa beliau menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, beliau telah bertanding dalam satu pertandingan debat peringkat Asia dan telah berjaya menjadi Juara Debat Asia.

Beliau telah menceburi bidang politik dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Atas kepercayaan pemimpin atasan parti, beliau telah dilantik sebagai Ketua Armada, satu sayap Pemuda dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Syed Saddiq, “Saya berasal dari Johor Bahru dan baru habis jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Dan kalau nak tahu, saya sangat kuat bekerja. Sama seperti ibu saya. Pada masa sama, saya melakukan lima kerja sambilan. Saya turut bergelar pensyarah sambilan dalam subjek pengucapan awam, penyelidik di Bait Al-Amanah dan pelatih debat untuk junior saya di UIA dan pasukan debat kebangsaan. Tapi sekarang, saya sedang memfokuskan terhadap pergerakan belia. Saya sedang giat menyertai mana-mana pergerakan atau organisasi berjuang secara aktif khusus isu-isu berkaitan belia. Dan tak lama lagi saya akan memperkenalkan landasan baru khusus golongan belia.”

Syed Saddiq memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru dan kemudiannya meneruskan pengajian menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (English College). “Saya bersekolah di sekolah sama dengan tempat ibu saya mengajar. Ibu saya bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di EC. Apa sahaja saya cuba lakukan di sekolah pasti akan diketahui ibu. Buat nakal sikit, pasti ibu tahu. Haha. Nak ada girlfriend pun susah!”

Sumber  : medialetop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *