Prank Kenekan Pakcik Ini Di Dalam Masjid DiKecam Teruk Oleh Netizen

[Video penuh ada di bawah]

Pelbagai aksi prank atau gurauan dijual didalam laman web dan di aplikasi e-commerce seperti lazada, shopee dan sebagainya.

Mungkin ianya agak pelik untuk membeli alatan prank seperti ini tetapi ianya dilihat betul-betul digunakan oleh seorang netizen yang memuatnaik video beliau dan beberapa rakan jemaahnya bergurau dengan seorang pakcik yang mungkin juga rakannya di masjid.

Video tersebut menjadi viral kerana ianya agak melucukan namun dikutuk keras oleh netizen yang menganggap perkara tersebut tidak wajar dilakukan kepada orang yang tua seperti pakcik yang berada didalam video tersebut.

Pakcik tersebut kelihatan bertempiaran lari kerana terkejut akibat dari gurauan bersama rakannya itu didalam masjid.

Pakcik tersebut dirakamkan dan diberikan sebuah tin yang dilihat dari segi luarannya seperti berisi makanan atau biskut untuk dimakan.

Namun tin tersebut sememangnya mempunyai perangkap yang mana tin tersebut apabila dibuka, sesuatu yang diikat dengan spring terkeluar dengan mengejut sebaik sahaja tin tersebut dibuka.

Aksi pakcik tersebut bertempiaran lari sehingga melondehkan kainnya menjadi viral di laman sosial namun dikutuk oleh sebahagian netizen yang menganggap bahawa gurauan tersebut adalah tidak sesuai kepada orang tua selain dari dikutuk netizen kerana gurauan tersebut telah berlaku di masjid yang menjadi rumah untuk beribadah bagi umat islam.

>Klik Di Sini Untuk Lihat Video Penuh<

Komen Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *