Polis Sabah mula hilang sabar tunggu Musa

KOTA KINABALU: Polis Sabah semakin hilang sabar dalam menunggu untuk mendapatkan keterangan bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman berhubung laporan susulan laporan polis yang dibuat Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 19 Mei lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata pihak polis masih meneliti kes itu dan berharap bahawa Musa akan tampil tidak lama lagi.

“Sebagai ketua, beliau perlu tampil membantu¬† siasatan ke dalam kes itu. Ketiadaan beliau hanya akan membuatkan lagi kes itu tertangguh,” katanya selepas melancarkan Ops Selamat pada Khamis.

Siasatan polis tertumpu kepada situasi sebenar apa yang berlaku di Istana Negeri pada malam 10 Mei lalu.

Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di hadapan Juhar pada 10 Mei selepas memperoleh majoriti mudah 31 daripada 60 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 apabila dua wakil rakyat pembangkang mengisytiharkan sokongan kepada BN Sabah yang memenangi 29 kerusi.

Bagaimanapun dua hari kemudian, Mohd Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri apabila mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan selepas beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) BN beralih sokongan kepada Warisan dan gabungan Pakatan Harapan, yang juga memenangi 29 kerusi.

Selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga turut mencari Musa untuk kes yang dipercayai dikaitkan dengan PRU14 (Pilihan Raya Umum).

Lokasi sebenar berada Musa masih belum diketahui.

sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *