Pelakon Wanita Popular Khayal Sampai Langgar Kereta?

Seorang pelakon wanita popular terkenal dan lakonannya seringkali menghiasi drama di televisyen telah ditahan olehh pihak polis selepas ditemui dalam keadaan khayal berserta sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji dalam tas tangan berjenama miliknya.

Dalam perkembangan terbaru, pelakon wanita berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. Memetik laporan mStar Online, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan penahanan selebriti berkenaan.

Menurutnya, dadah yang ditemui dianggarkan bernilai RM660 selain ujian saringan awal air kencing terhadap aktres itu juga didapati negatif dan kes itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

Antara laporan portal berita itu lagi (melalui sumber polis), pelakon yang berasal dari Kelantan itu dipercayai melanggar kenderaan seorang lelaki Cina di Taman Tun Dr Ismail di sini sebelum lelaki tersebut menghubungi pihak polis kira-kira pukul 11.45 pagi.

“Ketika anggota peronda polis tiba, artis itu didapati berada dalam keadaan khayal menyebabkan seorang anggota polis terpaksa memandu kenderaannya untuk dibawa ke balai,” kata sumber. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

sumber: MStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *