Peguam Najib Akhirnya Dedah Isi Kandungan Kotak Yang Di Rampas Pihak polis

KUALA LUMPUR: Selepas lapan jam, polis membawa keluar tiga kotak berisi barangan peribadi dari kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta di sini awal pagi ini.

Menurut peguam beliau, Datuk Harpal Singh Grewal, kotak tersebut mengandungi beg tangan, pakaian, hadiah milik bekas perdana menteri itu.

“Pencarian dilakukan bawah Akta Penggubahan Wang Haram. Tiada dokumen dirampas, juga tiada tangkapan dibuat hari ini,” katanya.

Maklumnya lagi, anak guamnya memberikan kerjasama penuh terhadap pihak polis sepanjang operasi pencarian dijalankan.

“Ia mengambil masa yang lama kerana ini rumah yang besar, jadi polis perlu periksa setiap bilik.”

Katanya lagi, pihaknya tidak dimaklumkan setakat ini sama ada Najib akan dipanggil untuk disoal siasat atau tidak berhubung kes ini.

Pencarian di kediaman Najib di Jalan Langgak Golf bermula sekitar jam 10.15 malam semalam tidak lama selepas Najib pulang dari menunaikan solat terawih di Kampung Baru.

15 kenderaan polis merangkumi SUV, trak dan kereta mula bertempat di perkarangan kediaman beliau, yang turut dibanjiri pengamal media dalam dan luar negara, juga ditemani puluhan penduduk sekitar.

Selain itu menurut Harpal, operasi pencarian turut dijalankankan di dua lot kediaman di Menara Pavilion, Kuala Lumpur pada waktu sama.

Live | Di luar rumah mantan PM Datuk Seri Najib Razak

Posted by KiniTV BM on 16hb Mei 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *