Pegawai Mat Sabu Disiasat SPRM Dikatakan Rafizi ada dokumen bayaran meragukan RM800,000 Pegawai Kanan Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Malaysiakini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dilaporkan mengesahkan kepada portal tersebut berhubung siasatan terhadap pegawai kanan menteri pertahanan itu.

Pegawai itu didakwa menerima wang berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan masalah hutang supaya namanya dapat dikeluarkan daripada status muflis.

Portal itu turut melaporkan seorang sumber yang tidak didedahkan identitinya memberitahu, beberapa pihak memasukkan wang ke akaun Jabatan Insolvensi untuk menyelesaikan masalah hutang pegawai tersebut yang diisytihar muflis kira-kira empat tahun lalu.

“Didakwa bayaran itu dibuat bagi pihaknya hanya beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri pertahanan,” kata sumber.

Sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, SPRM telah merakamkan kenyataan pegawai itu untuk membantu siasatan.

Selain dia, sepuluh lagi individu telah dirakamkan kenyataan, termasuk beberapa kontraktor pertahanan dan wakil-wakil perniagaan.

Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dilantik sebagai menteri pertahanan dan mengangkat sumpah pada 23 Mei bersama 13 lagi pemimpin Pakatan Harapan.

Rafizi ada dokumen bayaran meragukan RM800,000 Pegawai Kanan Mat Sabu
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Naib Pengerusi PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa beliau mempunyai dokumen mengesahkan bayaran meragukan berjumlah RM800,000 oleh seorang Pegawai Kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan Rafizi berkata, dokumen tersebut mengesahkan bahawa status muflis orang kuat Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu diselesaikan dalam tempoh dua hari.

Menurut Rafizi, dokumen-dokumen tersebut menunjukkan bahawa empat bayaran yang meragukan masing-masing berjumlah RM318,525, RM100,000, RM300,000 dan RM100,800 dibuat dalam tempoh dua hari iaitu pada 30 Mei dan 31 Mei lalu.

“Alasan yang sampai kepada saya ialah wang ini hasil dari ‘crowd funding’ atau biaya ramai yang diusahakan untuk melepaskan pegawai tersebut dari status muflis.

“Saya sukar menerima alasan ini kerana saya juga tahu seorang lagi pimpinan Amanah iaituMazlan Aliman masih belum berjaya mengumpul dana mencukupi untuk membayar saman ke atasnya, sedangkan saudara Mazlan lebih dikenali dari pembantu Mohamad Sabu ini,” kata Rafizi.

15 Ogos 2018SIASATAN KE ATAS PEGAWAI MENTERI PERTAHANAN:PERLUNYA PENGISYTIHARAN HARTA TERBUKA TERMASUK DI KALANGAN…

Posted by Rafizi Ramli on Selasa, 14 Ogos 2018

Media semalam melaporkan SPRM sedang menyiasat seorang pegawai kanan Mohamad.

Ini susulan dakwaan dia menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan hutangnya dan dikeluarkan daripada status muflis.

Pegawai tersebut diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu.

Status itu kekal sehingga penghujung Mei lalu, apabila beberapa bayaran dikatakan dimasukkan ke dalam akaun jabatan itu oleh beberapa pihak untuk penyelesaian hutang pegawai tersebut.-UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *