Netizen Tergamam Apabila Shah & Fika Berduet Nyanyikan Lagu ‘Sampai Bila’

[Video penuh ada di bawah]

Jangan Benci Cintaku raih 12 juta tontonan

Episod cinta tiga segi antara Shah, Fika dan Husna yang melatari drama 28 episod, Jangan Benci Cintaku mengakhiri siarannya, kelmarin dengan cemerlang apabila mengumpul 12 juta penonton.

Menghiasi slot Akasia di TV3, drama lakonan Saharul Ridzwan, Zahirah MacWilson dan Niena Baharun itu turut meraih lima juta tont-onan di YouTube dan portal video, Tonton , sekali gus membuktikan produksi terbitan Suhan Movies itu memiliki tarikan tersendiri.

Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, lakonan mantap ketiga-tiga pelakon utama itu turut meninggalkan kesan sehingga mempengaruhi emosi penonton yang memberikan pelbagai maklum balas di media sosial.

“Sering jalan cerita drama yang disiarkan menerusi slot Akasia dilabel sebagai klise. Namun, kejayaan Jangan Benci Cintaku yang berakhir tayangannya Selasa lalu ternyata membanggakan kami.

“Drama ini mengasak emosi penonton hingga ia menjadi tular dan trending di media sosial ketika bersiaran gara-gara keberkesanan lakonan tiga pelakon utamanya itu,” katanya.

SAHARUL dan Zahirah cetus fenomena menerusi drama Jangan Benci Cintaku

Tambah Nurlisia, watak Husna yang dilakonkan Niena paling banyak menerima kritikan, malah pelakon itu turut dicaci dan diugut netizen yang terlalu obses dengan perjalanan drama itu. – Berita Harian

Video:

'Sampai Bila' duet Shah & Fika

sampi bila bila la Shah & Fika oi..

Posted by Semua Video Non Stop on Jumaat, 10 Ogos 2018

“Jangan Benci Cintaku” cetus fenomena

PENGURUS Besar Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri gembira apabila drama Jangan Benci Cintaku yang baru menamatkan siaran Isnin lalu mencetuskan fenomena.

Menurut Siti, rantaian Jangan Benci Cintaku yang ditayang menerusi slot Akasia cemerlang dengan rating terkumpul sebanyak 12 juta untuk 28 episod, melebihi lima juta tontonan di Youtube dan portal video Tonton.

“Seringkali jalan cerita drama untuk slot Akasia dianggap klise namun dengan kejayaan drama Jangan Benci Cintaku, ia membuktikan bahawa jalan cerita sebegitu mempunyai peminat dan tarikannya tersendiri.

“Kisah yang selitkan ‘plot twist’ pastinya akan membuat penonton tidak berganjak dari kaca televisyen. Drama itu juga tular dan trending nombor satu di media sosial di seluruh dunia. Kami ingin berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memilih drama kami sebagai pilihan utama,” katanya.

Drama Jangan Benci Cintaku lakonan Zahirah MacWilson, Saharul Ridzwan dan Niena Baharun meninggalkan kesan mendalam hingga mempengaruhi emosi penonton.

Sejak ditayangkan pada 27 Jun lalu, watak Husna lakonan Niena Baharun menerima kritikan dan cacian netizen.

Malah, Niena turut menerima ugutan daripada penonton yang obses dengan drama itu.

Jangan Benci Cintaku menamatkan episod pada 7 Ogos lalu dan digantikan dengan drama baharu berjudul Cinta Bukan Kristal lakonan Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad dan Nina Iskandar. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *