Nakal Betul Nora Danish, Habis Keluar Bahasa Tamil Bila Mak Wan Disakatnya

Sinopsis Drama Bahagia bukan Bidaan – mengisahkan Ain Farhana yang sanggup mempertahankan rumah tangga yang terbina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka.

Namun Hana tekad ingin bercerai dengan Azlan setelah mengetahuo bahawa Azlan mempunyai skandal dengan Aina, eksekutif yang berkerja di syarikat sama. hana semakin tertekan dan tidak tahan lagi dengan sikap Azlan yang tidak pernah berubah.

Azlan yang dicabar menceraikan Hana dengan talak satu dan mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang pula oleh Azlan untuk berjumpa dengan anaknya. hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan.

Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta yang diberikan oleh Nik tidak pernah disambut.

Hana mahu hidup bersendirian tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Ain Farhana.

Cinta mula hadir di dalam hati Hana. Kasih disulam hanya menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap.

Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?

Nantikan Drama Bahagia Bukan Bidaan yang akan bersiaran pada 3 September 2018.

Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Arja Lee, Mak Wan, Jonathan Putra, Lisdawati, Jesse Lim, Fauzi Nawawi

Mak Wan juga bintang yang turut berlakon sebagai ibu mertua Nora Danish.

Video Nora menyakat Mak Wan sampai keluar bahasa Tamil, hahahaha:

Antara Komen Peminat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *