Lelaki Ini Mati Mengejut Angkara Makhluk Ini Selepas 3 Minggu Bermain Di Taman Tema Air

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Shenzen, China pada 14 Ogos 2017. Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘He’ bersama dengan dua orang anaknya telah berkunjung ke sebuah taman air di Shenzen.

Selepas lima hari, He mula berasa sakit kepala dan batuk-batuk. Disangkakan hanya demam biasa, He tidak mendapatkan sebarang rawatan, sebaliknya dia hanya mengambil ubat demam biasa dan berehat di rumah sahaja.

Semasa dia dan isterinya pergi ke Zhejiang yang merupakan salah satu wilayah di China, sakitnya itu menjadi semakin parah dan dia telah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke bahagaian neurologi pada 21 Ogos setelah keadaannya menjadi semakin teruk.

Doktor kemudiannya mengesahkan bahawa He menghidapi penyakit meningitis purulenta dan melihat keadaan He yang semakin memburuk, He kemudiannya telah dipindahkan ke sebuah hospital lain yang terletak di Shenzen pada 30 Ogos sebelum beliau meninggal dunia pada 4 hari kemudian.

Berdasarkan kepada beberapa sumber, He dikatakan telah dijangkiti oleh amoeba protozoa, sejenis parasit yang hidup di dalam air. Parasit tersebut akan masuk ke dalam rongga hidung manusia dan membiak sebelum naik ke bahagian otak dan kemudiannya mengalir ke dalam sistem saraf manusia.

Parasit amoeba ini bukan saja berada di dalam air malah ianya turut berada di dalam makanan.

Antara makanan yang terdapat parasit ini ialah:

1. Sashimi – cacing hati

Sashimi ialah makanan laut yang dimakan dalam keadaan mentah. Ia mengandungi cacing hati yang menjadi parasit di hempedu hati manusia. Orang yang memakan ini akan merasakan sakit pada hati, kembung, perut tidak selesa dan fungsi hati menjadi tidak normal

2. Crayfish – Paragonimiasis

Sejenis udang air tawar yang boleh didapati di mana-mana kawasan berair tawar seperti sungai atau pun sawah. Keadaan air yang kotor di habitat crayfish menyebabkan terdapat parasit tumbuh di dalamnya.

Sekiranya udang tersebut di makan mentah-mentah, kemungkinan orang itu akan dijangkiti paragonimiasis (jangkitan cacing parasit). Parasit ini akan bersarang di paru-paru manusia dan kemudiannya akan menyebabkan batuk-batuk dan sakit dada.

3. Siput/kerang – Angiostrongyliasis (parasite nematode)

Larva angiostrongylus membiak secara aktif pada permukaan tanah atau pun air. Sesetengah orang memilih untuk memakannya ketika masih mentah dan hanya menyiramnya dengan air.

4. Kaltrop air – Fasciolopsiasis

Fasciolopsiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh cacing Fasciolopsiasis. Cacing ini merupakan salah satu parasit trematode terbesar yang boleh menjangkiti manusia di dalam usus. Gejala-gejala yang disebabkan oleh parasit ini adalah seperti sakit perut, tekanan di perut, gastrousus dan cirit-birit.

5. Steak

Tekstur daging stik yang tidak terlalu masak malah mepunyai darah ketika dipotong juga dikatakan berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh parasit.

Parasit tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Jadi untuk kita menghindari parasit di dalam makanan, kita perlulah mengelakkan daripada memakan makanan yang eksotik seperti ular dan kera.

Cara lain untuk kita menghindari parasit ini adalah kita perlu menyediakan makanan yang dimasak terlebih dahulu seperti daging. Elakkan daripada memakan daging yang dimasak dalam keadaan separuh mentah.

Selain itu, sayur-sayuran yang tidak dimasak dengan sempurna juga berpontensi untuk mengandungi larva atau telur parasit.

Sumber: taikotai.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *