Lagi Kes Kedai Mamak Pengotor.

Kedai mamak biasanya memang sangat pengotor. Memang biasanya lauk-lauk yang dijual adalah lauk yang dipanaskan semula. Selagi tak habis. Terbaru kedai Restoran Spicy mamak di Bandar Manjalara berdekatan Sridamansara mensajikan Nasi Lemak berulat.

Kali ini menerusi rakaman video yang di viralkan di FB. Pelangan yg berbangsa cina ingin menikmati hidangan nasi lemak. Malangnya nasi lemak berkenaan berulat.

Jika kita lihat kemungkaran depan mata kita wajib cegah dan hebahkan pada orang ramai supaya tidak terlibat dengan kemungkaran tersebut. Lebih baik makan makanan yang dimasak sendiri dari makan di luar. Lebih bersih dan ada keberkatan.

Cari pengusaha kedai yang beriman dan amanah sebelum membeli makanan. Kalau saya, sebelum nak beli barang saya akan tengok kriteria penjual tersebut.

Contohnya, bila di pasar malam ada dua orang penjual ayam goreng. Seorang makcik yang jual ayam tu berbaju lengan pendek dan seorang lagi berbaju lengan panjang. Saya akan beli di kedai makcik berbaju lengan panjang kerana dia menutup aurat.

Bila dia menutup aurat, bermakna dia mentaati Allah. Orang yang mentaati Allah, lebih amanah berbanding dengan yang tidak mentaati Allah. Orang yang amanah tidak akan menkianati pelanggannya.

Video:

Sumber: FB Via Jamil Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *