Konspirasi? : Juruterbang dituduh tembak MH17 bunuh diri

London: Juruterbang tentera Ukraine yang dituduh oleh Russia menembak jatuh pesawat penerbangan Malaysia MH17 pada 2014, ditemui mati akibat membunuh diri dengan pistol, lapor media Ukraine, hari ini.

Kapten Vladyslav Voloshyn mengecam tuduhan Russia itu yang dianggapnya sebagai satu penipuan.

Penyiasat Belanda memutuskan bahawa sistem peluru berpandu antipesawat Buk buatan Russia yang

menembak jatuh jet Boeing 777 dan membunuh semua 298 penumpang.

Dalam kejadian 17 Julai 2014 itu pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut BBC, media Ukraine yang memetik polis melaporkan, Voloshyn menembak mati dirinya sendiri di rumahnya di Mykolaiv berhampiran Laut Hitam, semalam.

Ukraine menganggap Voloshyn sebagai wira perang.

Voloshyn menjalankan 33 misi pertempuran dengan mengendalikan jet tempur Su-25 ketika menyerang pemberontak yang disokong Russia di timur Ukraine.

Anggota keluarga dipetik media Ukraine berkata, Voloshyn sebelum ini mengalami kemurungan.

Mereka berada rumah flat itu ketika Voloshyn menembak dirinya dengan pistol.

Voloshyn dibawa ke hospital dengan ambulans tetapi disahkan sudah meninggal dunia.

Kapten tembak MH17 didedah

Pemberontak pro-Rusia mendedahkan identiti serta gambar juruterbang pesawat tentera Ukraine yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sehingga mengorbankan 298 nyawa di timur negara ini pada 17 Julai lalu.

Konspirasi : Juruterbang dituduh tembak MH17 bunuh diri
Juruterbang jet tempur tentera Ukraine, Kapten Vladislav Voloshin dipercayai menembak jatuh pesawat MAS MH17 pada 17 Julai lalu di wilayah Donetsk sehingga mengorbankan 298 orang. – AGENSI

Jawatankuasa Siasatan yang diketuai oleh Alexander Bastrykin, bekas sekelas Presiden Rusia, Vladimir Putin, melaporkan bahawa juruterbang terbabit yang dikenali sebagai Kapten Vladislav Voloshin perlu disiasat oleh pihak berkuasa Belanda yang mengetuai siasatan berhubung nahas tersebut.

Menurut Bastrykin, Voloshin dipercayai mengemudi pesawat tempur SU-17 yang dilengkapi peluru berpandu udara ke udara jenis R-60 pada 17 Julai lalu, hari yang sama pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Donetsk ketika dalam penerbangan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur.

Jelas beliau, juruterbang yang dianggarkan berusia lewat 20-an itu pulang ke pangkalan Tentera Udara Ukraine di Dnipropetrovsk tanpa peluru berpandu berkenaan, dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17.

“Berdasarkan maklumat saksi yang kami peroleh dari pangkalan tentera Ukraine, Voloshin kelihatan takut apabila memaklumkan dia tersalah tembak pesawat, dipercayai MH17 yang berada di lokasi kejadian pada waktu dan tempat yang salah.

“Saksi yang memberi maklumat itu kini berada di lokasi rahsia di Rusia dan segala laporan yang disalurkan boleh dipercayai kerana dia lulus dalam ujian pembohongan,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita Mail Online.

Sementara itu jurucakap jawatankuasa terbabit, Vladimir Markin berkata, Voloshin perlu menjalani ujian pembohongan yang dengan pemantauan pasukan penyiasat Belanda atau Malaysia bagi mengetahui kebenaran tentang insiden tersebut.

Selain itu katanya, tentera Ukraine juga perlu mendedahkan semua data penerbangan pesawat tentera pada hari kejadian dan membenarkan pihak berkuasa Rusia menyiasat pusat kawalan trafik udara negara itu.

“Kami masih menunggu jawapan daripada Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) berhubung perkara itu.

“Jika anggota penyiasat antarabangsa berminat untuk mengetahui kebenaran dan meminta maklumat daripada kami, saya sedia untuk berkongsi segala bukti yang telah dikumpulkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *