Kisah Kekalahan Tentera Abrahah – Diceritakan Dalam Surah Al-Fil

Tahun Gajah adalah tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tahukah anda kenapa tahun itu dinamakan Tahun Gajah? Tahun tersebut telah berlaku satu peristiwa besar, iaitu serangan Abrahah iaitu Gabenor Yaman untuk menghancurkan Kaabah menggunakan pasukan besar tentera bergajah.

Abrahah mengharapkan agar Kaabah hancur.Dengan hancurnya Kaabah orang-orang Arab pastinya akan datang beribadat di Gereja yang dibinanya di Yaman. Penduduk Mekah pula apabila mengetahui rancangan Abrahah itu, mereka tidak memberikan sebarang tentangan kerana meraka sedar bahawa pasukan Abrahah terlalu kuat untuk dikalahkan.

tentera bergajah

Walau bagaimanapun, sebelum Kaabah dihancurkan, Allah SWT menunjukkan kekuasaan-Nya dengan menghancurkan pasukan tentera bergajah Abrahah. Mereka dihancurkan oleh ribuan bahkan jutaan burung Ababil. Peristiwa ini dijelaskan di dalam al-Quran, yang terdapat dalam surah al-Fil.

BURUNG ABABIL

Surah al-Fil menerangkan bahawa Kaabah telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada serangan tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah yang ingin menghancurkan syiar agama-Nya hanya dengan menghantar burung Ababil.

Burung-burung Ababil menyerang tentera Abrahah dengan cara melempar batu panas beracun ke atas pasukan bergajah sehingga mereka diserang penyakit dan menemui ajal. Mereka akhirnya hancur seperti daun kayu dimakan ulat dan akhirnya menemui ajal.

Burung Ababil

Menurut salah satu riwayat, Abrahah sendiri telah menemui ajal ketika sampai di kota asalnya, Sanaa di Yaman.

PASUKAN TENTERA BERGAJAH

Surah al-Fil ayat pertama adalah merujuk kepada pasukan bergajah yang dipimpin oleh Abrahah, iaitu gabenor Yaman yang berada di bawah kekuasaan Raja Najashi dari Habsyah.

Abrahah dan pasukan bergajanya berhasrat untuk menghancurkan Kaabah supaya orang-orang Arab tidak lagi menunaikan ibadah haji di sana tetapi di gereja yang mereka binanya di Yaman.

Kaabah

Abrahah dan tenteranya mengalahkan semua pihak yang berusaha menghalang usaha mereka di sepanjang perjalanan mereka menuju ke Mekah.

Sebelum sampai di Mekah, Abrahah telah menghantar utusan ke Mekah untuk memberitahu penduduk Mekah bahawa tujuan mereka menyerang Mekah adalah untuk menghancurkan Kaabah, bukannya untuk memerangi masyarakat di situ.

ALLAH SWT TUNJUK KEKUASAANNYA

Allah SWT telah menunjukkan kekuasaannya dengan melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Hal ini terbukti ketika Allah SWT menghancurkan pasukan besar tentera bergajah hanya dengan menghantar kawanan burung Ababil. SUrah Al-Fil mengajar kita tentang hal berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *