Ketam Unik Ini Dikenali Sebagai Ketam Perompak Mempunyai Rupa Saiz Dan Rutin Makan Yang Luar Biasa.

Ketam kelapa (Birgus latro) yang juga dikenali sebagai ketam perompak atau tapak tangan pencuri. Ia adalah arthropod hidup di darat yang terbesar di dunia. Dengan berat mencecah sehingga 4.1 kilogram. Ia boleh membesar sehingga 1 meter. Ia biasanya boleh ditemui di Indonesia, kepulauan di sepanjang Lautan Hindi dan sebahagian daripada Lautan Pasifik pada arah timur dipanggil Kepulauan Gambier.

Bertemu dengan Ketam Kelapa, arthropod darat yang terbesar pernah diketahui di bumi ini.
Mark Pierrot yang merupakan seorang pelancong amat mengagumi hidupan ini malah mengangkatnya tanpa perasaan takut. Beliau menemui crabzilla berupa seperti makhluk asing ini ketika berjalan-jalan di dalam hutan.

Pelancong yang bernama Mark Pierrot mengangkat haiwan ini untuk sesi bergambar.

Spesies ketam kelapa ini menyerupai labah-labah mutant yang mempunyai perisai seperti dalam filem fiksyen, kebanyakan spesies ketam kelapa ini boleh ditemui di pulau-pulau di sekitar Lautan India dan Pasifik.

Seperti dengan namanya, ketam kelapa ini menjadikan buah kelapa sebagai makanan kegemarannya. Ia berupaya membuka sebiji buah kelapa dengan penyepitnya yang kuat untuk mendapatkan isi kelapa tersebut. Walau bagaimanapun, ia juga menjadikan buah, tikus, ketam lain dan haiwan mati sebagai makanannya.

Amat bersyukur kerana manusia bukanlah salah satu dalam rantaian makanannya. Menurut penduduk setempat, ketam kelapa sungguh tangkas, makhluk yang senyap ini berupaya untuk memanjat pokok pada kelajuan yang mengejutkan.

Ia juga dikatakan mencuri pelbagai objek dan benda yang ditinggalkan, seperti makanan manusia, gerudi, penyodok sehinggakan menurut kata orang, senapang milik seorang tentera juga diambil olehnya.

Selain di kepulauan Indonesia, Pulau Krismas yang berada di Australia dilaporkan mempunyai lebih dari satu juta ekor ketam kelapa, ia dianggap sebagai salah satu tarikan utama pelancong. Walau bagaimanapun, mereka adalah spesies yang dilindungi di pulau itu, di mana ia adalah dilarang untuk menangkap atau memakannya. Sesiapa yang berbuat demikian akan dikenakan denda.

Sesetengah tempat di dunia, mereka dianggap sebagai haiwan terancam kerana isinya lembut dan dianggap sebagai makanan istimewa dan afrodisiak.

Lihat saiz dan keupayaannya untuk memanjat

Adakah anda ingin juga mahu bergambar dengan haiwan ini? Anda harus mencarinya terlebih dahulu, selepas itu mengangkatnya seperti Mark Pierrot jika anda mempunyai keberanian untuk memegang haiwan raksasa ini.

Sumber: Discovery Channel UK, Stephen Belcher | Minden Pictures/Corbis, Daily Mail

Seekor Ketam Kelapa Memburu Burung Laut

Seekor ketam kelapa raksasa atau ketam kenari tertangkap sedang melakukan aktiviti yang selama ini dianggap tidak biasa. Ketam tersebut terlihat sedang memburu dan memakan seekor burung.

Dilaporkan dari New Scientist, fenomena itu disaksikan secara langsung oleh peneliti dari Dartmouth College, Mark Laidre, saat dia sedang membuat kajian terhadap ketam raksasa tersebut di pulau terpencil Chagos Island, Samudra Hindia.

Menurut Laidre, ketam itu memanjat sebuah pohon dan menyerang burung di sarangnya yang berada di ranting pohon dan terletak tidak terlalu tinggi dari tanah. Haiwan dengan pengapit yang kuat itu kemudian mematahkan sayap burung yang tak berdaya dan menyebabkannya jatuh dari sarang.

Dengan pengepitnya itu ketam itu kemudian menyerang burung tersebut dan mematahkan sayap lainnya hingga membuatnya lumpuh.

Setelah burung tidak lagi bergerak, ketam kelapa raksasa lainnya datang dan saling menarik bahagian tubuh burung tersebut.

Ketam kelapa atau Ketam kenari adalah haiwan avertebrata terbesar yang tinggal di darat. Berat mereka dapat mencapai 4 kilogram dan membear hingga satu meter. Mereka sangat mudah ditemui di pulau karang yang terletak di antara Samudra Hindia dan Samudra Pasifik.

Perbuatan ketam yang aktif dalam berburu haiwan vertebrata dan memakannya dalam jumlah besar, belum pernah terlihat sebelumnya. Hal tersebut memberikan gambaran signifikan tentang bagaimana ketam raksasa mempengaruhi ekosistem di pulau tersebut.

Sebelumnya mereka diketahui sebagai haiwan pemakan bangkai. Namun, penemuan Laidre mendapati pendapat bahawa berkemungkinan ketam kenari mendominasi ekosistem mereka dan ‘menakuti’ haiwan lainnya, terutama burung-burung yang ada di laut, yang menghuni pulau di mana mereka terpaksa bersarang di atas tanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *