Kerjasama dengan Tun M penting untuk tumbangkan BN.

PETALING JAYA: Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, agak memeranjatkan melihat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkongsi pentas politik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, individu yang bertanggungjawab memasukkan suaminya ke dalam penjara pada 1998.

Namun bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, penting bagi PKR untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir bagi menyingkirkan Barisan Nasional (BN) daripada terus berkuasa, lapor Sydney Morning Herald.

“Satu kerjasama baharu adalah penting untuk membanteras gejala rasuah yang membelenggu Malaysia,” kata Anwar kepada akhbar harian Australia itu pada Selasa, sehari sebelum beliau dibebaskan.

Anwar berkata selepas bekerjasama dengan Dr Mahathir bertahun-tahun lamanya, beliau memahami perdana menteri itu amat prihatin mengenai Malaysia dan juga rakyat.

“Ujian kritikal kami sentiasa menyokong agenda pembaharuan.

“Selagi ada komitmen yang ikhlas terhadap prinsip-prinsip ini, kami sentiasa mengalu-alukan penyokong baharu,” katanya.

The Sydney Morning Herald berkata Anwar meluahkan keyakinan bahawa beliau dapat bekerjasama dengan Dr Mahathir yang berkempen siang dan malam bagi memastikan kemenangan milik Pakatan Harapan pada 9 Mei lalu.

“Saya sentiasa percaya dengan kebijaksanaan rakyat dan jika terus berjuang, akhirnya kemenangan akan berpihak kepada kita,” katanya.

Tuduhan liwat pertama Anwar dibicarakan pada 1998 ketika beliau memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

Susulan tuduhan itu, Dr Mahathir memecat Anwar daripada Kabinet dan bermulalah era reformasi sehingga membentuk penubuhan PKR.

Anwar didapat bersalah dan dijatuhi humuman penjara pada 1999 tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian menjadi Ketua Hakim Negara, mengubah sabitan dan mengetepikan hukuman penjara ke atas beliau atas tuduhan liwat.

Beliau bagaimanapun dipenjarakan semula lima tahun kerana didapati bersalah melihat Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

ADAKAH ANWAR IBRAHIM MEMAAFKAN TUN MAHATHIR SEPENUH HATI?

Selepas jabat salam bersejarah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka berdua hari ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, adakah Anwar sudah memaafkan musuh politik 18 tahunnya itu yang ‘mencantas’ masa depan politiknya hampir dua dekad lalu?

Berdepan soalan itu hari ini, Anwar kelihatan keberatan mengeluarkan kenyataan pasti bahawa beliau telah memaafkan bekas mentor yang membawa beliau menyertai politik pada era 70-an itu.

Pemberita: Susulan anak perempuan kamu buat kenyataan, kamu masih mahu beliau minta maaf?

Anwar: Saya sudah jelaskan. Masalahnya ia terjadi tiba-tiba; saya tiada peluang bercakap dengan anak-anak saya sebelum ini, tetapi sekarang oleh kerana saya sudah jelaskan keadaan pada mereka, cukuplah.

“Sudah tentu kami menderita…”

Jadi kamu sudah maafkan beliau?

[…] sangat hargai, sudah tentu saya terima kasih pada beliau dan beliau beri sokongan bukan saja pada (isu) MKN tetapi juga reformasi. Ini yang penting.

Boleh kami kata kamu sudah maafkan beliau?

Saya sudah banyak kali maafkan banyak orang, tetapi yang saya bimbangkan adalah keadaan sekarang ini, kerana masyarakat pada masa ini harus hentikan gangguan dan ketidakadilan. Anwar berkata demikian ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Sumber : kicappedas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *