Kerana Surat Terbuka Dr ilyani, Ini Yang Terjadi Kepadanya

Nampaknya semalam hangat di media sosial mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual & Trangender atau singkatannya (LGBT) apabila Datin Paduka Marina Mahathir bersuara mengenai nasib golongan ini.

Hak kesamarataan ke sekolah, mendapatkan rawatan di hospital, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi yang disoalnya ternyata mendapat respon yang bukan sedikit dari rakyat Malaysia yang mempersoalkan kembali kenyataan dikeluarkannya. Marina dalam satu kenyataannya berkata golongan LGBT hanya mahukan itu dan bukannya tambahan yang boleh mencabar undang-undang, misalnya seperti menghalalkan perkahwinan sejenis.

“Apa saya maksudkan hak sama rata ialah hak di bawah perlembagaan kita. Mereka (komuniti LGBT) adalah rakyat Malaysia dan manusia juga. Hak asasi manusia seperti nak pergi ke sekolah, nak pergi hospital, takkanlah itu semua tak boleh?

“Mereka ketika ini hadapi diskriminasi dari segi kehidupan seharian. Orang yang menentang sangat, apa hak yang mereka nak ambil daripada golongan ini?

Kenyataan Marina yang membuatkan ramai orang mempertikaikannya kerana selama ini tiada isu berbangkit mengenai ke sekolah dan hospital buat LGBT

Ternyata responnya mendapat perhatian dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata andai golongan LGBT ini diiktiraf, ia bermaksud kumpulan ini dihalalkan.

Bukan saja Mufti bertanya tetapi isu ini mendapat respon yang bukan sedikit dari rakyat Malaysia. Ini termasuklah seorang doktor perubatan, Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang menulis surat terbuka buat Marina mengenai isu dibangkitkannya.

Sebagai doktor, katanya dia sendiri merawat golongan ini yang merupakan penyumbang tertinggi bagi HIV yang mana penularan kuman ini hanya berlaku apabila hubungan seks dan seks songsang dilakukan oleh pasangan.

Namun mungkin kerana merasa diri mereka terancam dan terdesak dengan surat terbuka ini, post yang ditulis oleh Dr Ilyani yang mendapat 4 k likes dan 2.7 k share serta 200 komen telah ditutup oleh pihak FB selepas aduan dilakukan oleh golongan ini. Namun “perjuangan” doktor ini tidak menemui penamatnya kerana ia direpost kembali oleh rakan-rakan seperjuangannya.

Lihat juga respon-respon dilakukan oleh masyarakat yang mengutuk golongan ini. Video yang dibuat secara terbuka oleh Akmal Dahalan yang mengakui videonya sudah di delete kerana keterbukaannya bercakap mengenai isu LGBT ini.

Ade screenshot wassap yang tular mengatakan tindakan tatatertib diambil keatas doktor Ilyani. Sama-Sama kita doakan semoga selamat semuanya buat doktor.

Lihat video ulasan marina mengenai LGBT:

Sumber Remaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *