Kelakar la Achey..kepala pun boleh tersangkut.

PELAWAK dan penyanyi Achey menyangkal dakwaan dia bakal menggantikan Lan Solo sebagai vokalis terbaharu kumpulan Kristal.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 32, sebaliknya menjelaskan salah faham itu timbul selepas kumpulan rock itu memuat naik videonya menyanyikan lagu Suatu Kenangan bersama Kristal di YouTube tiga hari lalu.

“Sebenarnya itu hanya projek istimewa, Kristal panggil beberapa penyanyi lain menyanyikan lagu popular mereka termasuk saya dan video itu di muat naik ke YouTube.

“Tak sangka pula ia jadi isu besar… Apabila Kristal minta saya nyanyikan lagu Suatu Kenangan itu saya setuju sebab memang sejak dulu minta mereka.

“Tetapi saya bukannya pengganti Lan seperti diperkatakan,” katanya

Dalam pada itu, Achey berkata, sekiranya dia diberi tawaran sebagai vokalis Kristal dia mungkin terpaksa menolak kerana terikat dengan pelbagai komitmen termasuk anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah Nasir yang baharu sahaja berusia dua bulan.

Sumber: Mstar via 90minit.com

Macam mana kepala boleh sangkut tu Achey? hahahah

sumber video: ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *