‘Kami Wira Wirawati Negara’ – Penjelasan Syed Saddiq mengenai permansuhan PLKN & BTN

Video penuh di akhir artikel

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan dan disertai oleh pelajar lepasan sekolah menengah. Program ini adalah untuk pembinaan sahsiah diri dan mengukuhkan semangat patriotisme.

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq telah memutuskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan dan akan digantikan dengan program baharu.

Digantikan dengan program baru

Program Latihan Khidmat Negara dan Biro Tata Negara akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan Youth of the Future dimana program ini dapat membentuk belia masa hadapan. Menurut Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq berkata program baharu ini akan diuruskan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan akan membuat penstrukturan semula dari perlbagai fungsi, perjawatan, peruntukan kewangan dan aset Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan BTN.

Pengisian program ini dirangka secara holistik dengan menggabungkan aktiviti indoor dan outdoor berimpak tinggi untuk menyerlahkan potensi anak muda sebagai rakan strategik dalam membangunkan negara berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Selaras dengan hasrat KBS

Elemen yang diterapkan termasuklah ‘teambuilding’, pembinaan karakter dan integrasi nasional, kenegaraan, jati diri dan sosialisasi politik. Penambahbaikkan ini selaras dengan hasrat KBS yang ingin terus mengangkat suara anak muda dalam landskap Malaysia baharu. Ia akan direalisasi dengan cadangan pindaan umur mengundi dari 21 ke 18 tahun) pada PRU ke-15 nanti.

Sesi engagement ini mencerminkan aspirasi kerajaan Pakatan Harapan untuk memastikan program ini lebih inklusif, telus dan bebas daripada doktrin politik dan perkauman.

Menteri Belia dan Sukan ini berpendapat program tersebut akan melibatkan kolaborasi kementerian dan agensi manakala KBS akan mengadakan ‘engagement’ dengan pemegang taruh seperti JPM (Jabatan Perdana Menteri), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), Mindef, KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) dan pertubuhan bukan kerajaan. Ini adalah bagi memperhalusi mekanisma pelaksanaan agar program ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *