Jom Lihat Gelagat Artis Malaysia Bila Turun Mengundi. Caption Michael Ang Paling Power!

9 Mei 2018 bakal melakar sejarah baharu sekali lagi dalam atmosfera politik tempatan apabila semua rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tidak terkecuali juga para selebriti dan artis melaksanakan tanggungjawab masing-masing turun mengundi.

Gempak sajikan gelagat beberapa selebriti popular tempatan yang sudah turun mengundi seawal jam 8 pagi tadi.

1. Datuk Seri Siti Nurhaliza

Cheras menjadi lokasi mengundi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi kemas kininya di Instagram, penyanyi lagu Cindai itu memuat naik foto jarinya bertanda dakwat kekal bukti dia sudah mengundi.

“Kami dah pangkah,” tulis Siti.

2. Datuk Hans Isaac

Hans menerusi kemaskini di Instagramnya sejak malam tadi mengajak orang ramai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat untuk turun mengundi dengan menggunakan foto superimposed Captain America.

“Time to vote,” tulis Hans sambil berkongsi kemeriahan pengundian di Ampang, Kuala Lumpur.

3. Lisa Surihani

Pelakon cantik Lisa Surihani pula memuat naik Instastory menyaksikan dia turun mengundi bersama bapanya di Kajang, Selangor.

“Good morning, i’m with my Daddy, selamat mengundi,” ucap Lisa.

4. Zarul Umbrella

Vokalis Umbrella, Zarul Husin juga telah menjalankan tanggungjawabnya mengundi di Shah Alam, Selangor awal pagi tadi.

“Tanggungjawab telah ditunaikan, sekarang mana nak breakfast ni?” tulis Zarul.

5. Liza Hanim

Pelantun Siapa Sangka Siapa Menduga, Liza Hanim juga telah selesai mengundi.

“Pagar belum bukak akak dh terpacak hahahha bawak bonda tercinta tunai kewajipan,” tulis Liza.

6. Jaclyn Victor

Penyanyi Jaclyn Victor juga tidak ketinggalan berkongsi detik-detiknya mengundi.

“Woot woot!! It was a good two and a half hours kot but well worth it!! For my children and for my Malaysia.

“My heart has been beating so fast since last night. I am praying all will be well whatever the outcome.

“We are all blessed to call Malaysia our home. Let’s all come together for peace and unity. Love you Malaysia,” kongsi Jac.

7. Marsha Milan

“Saya sudah jalankan tugas saya!” tulis Marsha di Instagramnya.

Penyanyi itu juga turut mengemaskini Instastory sepanjang proses pengundian pagi tadi.

8. Vince Chong

Pertama kali mengundi, Vince berkongsi keterujaannya di Instagram.

“My first time voting. Was so scared to get any smudge on the paper… Power to the people,” tulisnya yang mengundi di Seputeh.

9. Nourul Depp

Penyanyi Nourul Depp Wahab juga sempat berkongsi detik-detik mengujakan mengundi di Petaling Jaya, Selangor.

“I did my responsiblity to my country and to my kids future,” tulis Nourul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *