Inilah Betina Tak Guna Curi Beg Duit Mak Aku Dalam Masjid

kejadian curi dalam masjid yang melibatkan muslimah bukanlah perkara baru di Malaysia malahan sering berlaku dan masih berlaku hingga sekarang

persoalan rumah Allah mereka boleh melakukan perkara tersebut memang sangat berani dan tiada perasaan takut dan azab. memetik daripada facebook Abg Azroy kongsikan 2 video beg ibunya dicuri oleh wanita semasa ibunya menunaikan solat

Ni betina tak guna. Dia dah curi beg mak aku Kat dalam Masjid An-Nur Pusat Bandar tadi UTC PASIR GUDANG. Tolong kasi viral betina ni. Bagi dia femes sikit. Dan info dari Pak imam Masjid tu, ni kali kedua kes curi. Dan org yg sama jugak. dapat info lain dia ni mmg aktif mencuri.

Posted by Abg Azroy on Khamis, 16 Ogos 2018

Posted by Abg Azroy on Khamis, 16 Ogos 2018

KESIMPULAN KEPADA MEREKA YANG SELALU SOLAT DI SURAU DAN MASJID

jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku kepada anda pastikan beg tangan anda diletakkan di tempat yang selamat dan sesuai serta mudah dilihat

manusia sekarang lebih jahat dari syaitan hinggakan dalam rumah Allah sendiri pun sanggup mencuri.

ANTARA KEJADIAN CURI BEG TANGAN WANITA DALAM SURAU DI MALAYSIA KAMI KONGSIKAN KEMBALI

KES PERTAMA :Tak kira tempat beg tangan dicuri dalam surau

BANTING – Seorang warga emas terkejut apabila mendapati beg tangan yang diletakkan di hadapannya ketika solat Dhuha lesap di surau Hospital Banting di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika mangsa sedang menunaikan solat sunat Dhuha sementara menunggu waktu melawat cucunya di hospital berkenaan.

Hajar Misiah Abdul Jabar, 73, dari Batu 10 Kebun Baru berkata, hanya dia seorang berada dalam surau berkenaan dan mungkin ada individu masuk ke surau ketika dia sujud.

“Selepas selesai menunaikan solat saya mendapati beg tangan yang diletakkan di hadapan hilang.

“Masih ada rupanya yang sanggup mencuri di tempat beribadah,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka beg yang diletakkan di hadapan ketika menunaikan solat dicuri.

“Saya tidak bawa banyak wang dan hanya ada wang tunai RM20 dalam beg itu.

“Tetapi apa yang saya kesalkan dokumen penting seperti kad pengenalan diri dan kad pesara arwah suami dalam beg sama turut dilarikan,” katanya.

Difahamkan, suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an dan sempat melarikan diri walaupun terdapat pengawal keselamatan bertugas ketika itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, mengesahkan kejadian yang berlaku.

Menurutnya, mangsa membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, kira-kira jam 11 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana ragut.

“Mereka yang ada maklumat berhubung kes ini diharapkan segera melaporkan kepada polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau menasihatkan orang awam meningkatkan keselamatan di mana sahaja.

“Adalah menjadi tanggungjawab sendiri memastikan barangan dijaga dengan baik terutamanya di tempat awam,” katanya.

KES KEDUA : Rugi RM1,000+, Beg Tangan Dicuri Di Surau GM Klang

KLANG – Malang nasib seorang wanita apabila beg tangannya dicuri semasa bersolat di surau GM Klang.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.08 petang, 19 November lalu, mangsa, Arijan Najihah, mengalami kerugian lebih RM1,000.

Meskipun redha dengan apa yang berlaku, namun Arijan kesal dengan tindakan beberapa pihak yang bersikap endah tak endah dalam membantu menangani kesnya.

Keadaan itu memaksa Arijan berusaha sendiri meminta sendiri untuk melihat rakaman CCTV dari pemilik kedai-kedai berhampiran dengan surau dan memang jelas bahawa dia membawa beg ke surau. Malah, nampak individu yang mengambil beg tangannya.

“Mula-mula polis penyiasat seperti tidak percaya dan saya mendesaknya untuk menyiasat lebih mendalam lagi kerana saya tahu saya berada di pihak yang benar. Dan akhirnya saya berjaya mendapatkan gambar seorang wanita yang telah mengambil beg tangan saya,” katanya.

Suspek seorang wanita yang memakai tudung bunga-bunga dan berbaju belang jelas sekali dilihat telah mengambil beg mangsa dan keluar dari surau.

Ekoran itu, mangsa terpaksa duduk di tempat letak kereta kerana bimbang jika pencuri itu datang untuk mengambil keretanya pula kerana ada kunci kereta di dalam beg tangannya yang dicuri.

Gambar wanita yang mencuri beg tangan itu kini viral di media sosial. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil memberikan maklumat kepada Arijan Najihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *