Ini Permintaan Pemuda Umno Yang Buat majlis doa selamat ulang tahun Umno Kecoh

Kekecohan berlaku di majlis doa selamat ulang tahun ke 72 Umno selepas sekumpulan anggota Pemuda Umno ‘menghalau’ seorang lagi anggota akar umbi parti itu yang menuntut kepimpinan utama parti bertanggungjawab atas kekalahan parti itu pada pilihan raya ke-14.

Sekitar 30 pemuda mensasarkan anggota Pemuda Umno, Mohamad Taqiuddin Halim yang awalnya memberitahu wartawan bahawa semua pemimpin Umno di atas usia 60 tahun patut memberi laluan kepada pemimpin muda untuk mereformasikan parti itu.

“Mewakili Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, saya ingin bersuara bahawa semua pemimpin parti yang terlibat patut bertanggungjawab, jangan hanya menuding jari kepada presiden parti Datuk Seri Najib Razak,” kata Taqiuddin ditemani kira-kira sepuluh orang penyokongnya.

Taqiuddin juga menuntut semua aset Umno yang dipegang pemimpin tersebut perlu dipulangkan kepada parti.

“Kami perlukan arah tuju…Kami perlu tahu ke mana tujuan kami,” kata Taqiuddin yang bercakap kira-kira lima minit dan mendakwa mewakili Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Rafii.

Ura-ura Najib lari

Ketika diminta mengulas ura-ura Najib akan lari dari Malaysia, Taqiuddin percaya perkara itu hanyalah persepsi semata-mata

“Itu hanya persepsi. Beliau (Najib) kata dirinya seorang pahlawan Bugis. Saya yakin beliau di pihak yang benar,” katanya.

Ketika beliau berjalan dari pintu masuk ke Menara Dato Onn, terdapat kumpulan penyokong Umno yang lebih besar mula ‘menyerang’ dan menghalaunya dari bangunan PWTC.

Ketika beliau berjalan dari pintu masuk Menara Dato Onn, kumpulan besar penyokong Pemuda Umno mula mengelilinginya dan mula ‘menganggu’ dan menghalau beliau pergi.

Mereka menjerit dan berkata Taqiuddin tidak layak mendesak pemimpin Umno pada masa sekarang dan harus menunjukkan sokongan kepada Najib.

“Kita sepatutnya di sini untuk tunjukkan Umno kuat,” jerit pemimpin kumpulan tersebut.

“Kami tak perlu ahli seperti kamu,” teriak seorang lagi.

Ketika ditemui kemudian, Ketua Pemuda Umno Gombak Syed Mohd Imran Syed Abdul Aziz mendakwa tiada siapa kenal Taqiuddin dan menyoal ketiadaan Razlan malam ini.

“Kenapa Razlan tidak buat kenyataannya sendiri. Dalam Umno kita tak dibenarkan untuk buat kenyataan tanpa persetujuan parti,” katanya.

Berikutan kekalahan Umno dalam PRU14, anggota Pemuda Umno dari enam negeri, Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Kedah, Wilayah Persekutuan, Selangor telah mengeluarkan kenyataan mendesak Najib, walaupun Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin masih berdiam diri.

Majlis doa selamat

Awal malam ini, Umno menyambut ulang tahun ke 72 parti itu dengan menganjurkan majlis doa selamat dan makan malam di Menara Dato’ Onn di PWTC.

Najib dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir majlis itu yang bermula selepas Maghrib.

Najib tidak memberi sebarang ucapan ketika makan malam berlangsung, sebelum bermesyuarat dan meninggalkan PWTC kira-kira jam 10.30 malam.

Turut kelihatan pemimpin Umno termasuklah Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk seri Mahdzir Khalid, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Seri Mohamad Hasan.

VIDEO:

Najib swiftly leaves Umno anniversary celebration

Pemimpin Umno mula desak Najib berundur

Exco Pemuda Umno, Datuk Arman Azha Abu Hanifah hari ini menuntut dan mendesak presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak segera melepaskan jawatannya.

Katanya, tindakan itu penting bagi memastikan proses transformasi parti berkenaan berjalan lancar.

“Kami menuntut dan mendesak Najib Razak segera melepaskan jawatan presiden Umno demi kepentingan parti.

“Kami berpendapat Najib perlu bertanggungjawab susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Rabu lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Arman Azha (foto, atas) berkata beliau membuat kenyataan itu mewakili Briged Kesatria Muda Pemuda Umno kerana meletakkan kepentingan parti di hadapan demi survival Umno.

“Sudah sampainya masa Umno memberikan peluang dan keutamaan pada kepimpinan muda untuk memacu parti ni demi kelangsungan Umno di mata rakyat

“Kami semua sayangkan Umno dan kami mahu Umno kekal relevan pada masa hadapan. Kami bermuhasabah diri utk perbaiki kesilapan kami dan mohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan kami,” katanya.

Di Shah Alam, Pemuda Umno Selangor juga mahu Najib segera melepaskan jawatannya.

Ketuanya, Zainuri Zakaria berkata, Najib perlu bertanggungjawab susulan kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Rabu lalu.

“Kita tidak bercakap mengenai individu, tapi kita bercakap mengenai masa depan parti (Umno).

“Maka adalah lebih baik supaya beliau (Najib) bertanggungjawab serta berundur supaya satu gerakan pembaharuan dapat dilaksanakan dalam parti,” katanya yang dipetik oleh portal pembangkang Utusan Malaysia.

Harian Metro juga melaporkan Ketua Umno Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias juga mendesak Najib mengosongkan jawatan untuk memperbaharui parti.

Beliau turut dipetik mendesak Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan meletakkan jawatan kerana didakwa sebagai punca kekalahan parti itu di negeri itu.

Menurutnya, faktor peribadi Najib menyebabkan BN tewas buat kali pertama di peringkat pusat selepas 61 tahun mentadbir negara.

“Begitu juga di Negeri Sembilan, Tok Mat (Mohamad) adalah punca BN tewas.

“Selama ini BN tidak pernah jatuh kepada Pakatan Harapan (PH),” katanya dipetiik oleh portal mesra Umno itu.

Jalaluddin berkata, dua pemimpin itu perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan parti yang menyebabkan Umno dan BN hilang kuasa.

Beliau adalah ketua Umno bahagian yang pertama mendesak peletakan jawatan Najib dan Mohamad selepas kecewa kekalahan BN dalam PRU-14.

PRU14 menyaksikan penguasaan 60 tahun BN berkubur apabila hanya menang 79 daripada 222 kerusi Parlimen, selain hilang beberapa negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan Terengganu.

Awal hari ini, Pergerakan Pemuda Umno Kedah juga menggesa Najib berundur daripada jawatan presiden bagi menyelamatkan parti itu.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata Najib harus mengambil tanggungjawab berikutan kekalahan teruk BN pada pilihan raya umum ke-14 Rabu lalu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam perutusannya sempena ulang tahun yang ke-72 parti itu menyeru ahli-ahli supaya membina semula dan mengembalikan Umno kepada semangat asal.

Dalam konteks itu, Khairy berkata, Umno tidak boleh dilihat sebagai parti yang terpisah daripada rakyat, hanya untuk golongan atasan, tidak kisah soal integriti selain dianggap bongkak dan sombong.

Beliau sebaliknya mahukan Umno menjadi parti untuk orang ramai.

sumber: malaysiakini

SUMBER : media2060

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *