‘Haram & Berdosa Besar’ – Pengguna Twitter ‘Seronok’ Persenda Agama, Ini Respon Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melampau beberapa orang individu mempersendakan nama Allah swt di Twitter baru-baru ini telah menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Beliau menegaskan perbuatan bergurau melibatkan nama Allah swt adalah haram dan berdosa besar.

Di ruangan komen, netizen mahu tindakan tegas diambil kepada mereka yang terlibat namun Mufti menjelaskan tindakan penguatkuasaan adalah diluar bidang kuasanya.
Viral di Twitter

Di Twitter, ramai yang marah dengan perbuatan beberapa orang individu ‘bergurau’ melibatkan nama Allah dan nabi. Mereka berpendapat individu yang terlibat seharusnya menerima hukuman setimpal kerana telah mempersendakan agama.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menegaskan perbuatan tersebut sama ada bergurau atau bersungguh-sungguh keduanya membawa kepada kekufuran.
Hukumnya haram dan berdosa besar – Dr Zulkifli Mohamad


Netizen mahu tindakan tegas diambil

Sumber : Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *