Gempar! Remaja Ini Dakwa Sudah Bertelur 20 Biji. Apabila Telur Beliau Dipecahkan, Semua Terkejut Isi Kandungannya

Seorang remaja lelaki mendakwa dirinya mengeluarkan telur sejak 2015 dan dalam tempoh lebih dua tahun, dia sudah mengeluarkan 20 biji telur.

Pada tahun 2015, Akmal yang kini berusia 14 tahun dari daerah Gowa di Sulawesi Selatan, menjadi tajuk utama setelah mendakwa mengeluarkan tujuh biji telur dalam masa seminggu.

Pada masa itu, pakar perubatan bingung melihat kewujudan objek yang bentuk dan saiznya sama seperti telur ayam ‘bersarang’ dalam rektumnya (dubur) dan tidak ada penjelasan diberikan mengenai dakwaan yang dibuat terhadap telur-telur itu.

Sekarang, memasuki tiga tahun, Akmal kembali ke hospital sambil mendakwa dia telah mengeluarkan keseluruhan 20 biji telur.

“Dua tahun lalu dia bertelur 18 biji dan hari ini dua biji, jadi jumlahnya sudah 20 biji.

“Telur pertama saya pecahkan isinya cair berwarna kuning, tidak ada putih. Sebulan kemudian saya pecahkan lagi, tapi isinya putih tidak ada kuning,” kata bapa Akmal, Rusli, di kediamannya ketika ditemui wartawan, Isnin, memetik Detik.

Dua biji telur yang dikeluarkan oleh Akmal.

Dua biji telur terakhir itu dikeluarkan di Hospital Syekh Yusuf di Gowa, yang mana doktor tidak mahu membuat andaian mengenai telur dan kejadian ini.

Jurucakap hospital Muhammad Taslim mencurigai telur yang berada dalam tubuh Akmal sengaja dimasukkan sendiri.

Ini kerana, katanya, mengikut logik perubatan adalah mustahil untuk telur itu berada di saluran pencernaan.

“Buat masa ini kecurigaan kita seperti itu. Tapi kita tidak melihatnya,” kata Taslim ketika dihubungi, memetik Detik.

“Secara ilmiah tidak mungkin ada telur di dalam tubuh manusia. Itu tidak mungkin, apatah lagi di saluran pencernaan,” katanya.

Taslim berkata Akmal berada dalam keadaan normal tetapi kini dikuarantin selama seminggu, untuk mencari jawapan kepada persoalan ini.

Taslim berkata telur-telur yang pernah dikeluarkan pada 2015 adalah telur ayam biasa.

“Dua tahun lalu kita minta telur-telur itu diperiksa. Tapi saya tidak tahu keputusan terakhir. Tapi setahu saya pemeriksaan terakhir menunjukkan ia hanya telur ayam. Kalau yang terbaru ini saya belum dapat sahkan lagi,” kata Taslim.

Sementara itu, Detik melaporkan bahawa Akmal mendakwa mengalami sakit perut, yang merupakan petanda akan mengeluarkan telur.

“Tadi malam perut saya mula sakit. Saya minta bapa bawa jumpa doktor kerana sakitnya luar biasa,” katanya.

“Saya tak sangka jadi begini kerana dia hanya sakit perut. Kecuali dua tahun lalu ketika pertama kali bertelur, ibunya bermimpi melihat pohon besar berbuah lebat, di mana rantingnya mampu menaungi seluruh penjuru dunia dan keesokan hari Akmal bertelur untuk pertama kali,” kata bapanya.

Sementara itu, diJAKARTA: Awal Jun, media di Indonesia dihebohkan dengan seorang remaja lelaki dari Gowa, Sulawesi Selatan yang didakwa mampu bertelur sebagaimana bertelurnya seekor ayam.

Akmal, 12, remaja kelahiran Desa Mangempang, Kecamatan Bungaya, Kabupaten Gowa memegang objek bujur putih yang keluar dari duburnya.

Objek tersebut mirip telur ayam kampung. Awal Jun, video Akmal bertelur sudah dimuat naik di YouTube.

Dikerusi panjang Akmal berposisi seperti wanita yang mahu melahirkan bayi berusaha mengeluarkan telur dari duburnya buat kali keempat.

Keanehan tersebut mengundang ramai manusia ke rumahnya untuk mengamati telur yang disimpan atau menunggu “tuah” melihat jika kebetulan Akmal bertelur lagi.

Sehingga pertengahan Jun lepas, anak kepada pasangan Ruslim dan Nawasiah ini sudah menetas sembilan butir telur.

Dan disahkan melalui sinar-x, masih terdapat beberapa biji telur tersimpan di bahagian pinggul Akmal.

 

Tempo merakamkan pengesahan Ketua Bahagian Kecemasan Hospital Umum Daerah Syekh Yusuf, Doktor Adriana Galla bahawa objek yang menyerupai telur di dalam perut Akmal itu terjadi akibat berlakunya proses pengapuran di dalam tubuh.

Proses klasifikasi ini membentuk cengkerang bujur menyerupai telur ayam.

Objek tersebut hanya menyerupai telur, tetapi ia tidak mengandungi cecair putih dengan bahagian kuning seperti telur ayam.

Uniknya, objek ini tersimpan dengan selamat di bahagian pinggul sebelah kiri, bukan di bahagian usus atau dubur Akmal.Setakat perkembangan awal, Doktor Adriana tidak merancang melakukan pembedahan, sebaliknya hanya berikhtiar menangani untuk mengurangkan rasa nyeri Akmal.

Kali pertama Akmal bertelur ialah pada Ahad, 7 Jun sekitar 4.30 petang di rumahnya dengan bantuan bidan selepas mengerang kesakitan di bahagian dubur. “Kerana khuatir terjadi sesuatu, kami terus ke hospital,” kata Ruslim, 48, ayah Si Akmal. Ketika itu Akmal sudah mengeluarkan empat biji telur.

 

Sebelum ini pada April 2015, Dailymail pernah menyiar kisah lelaki berusia 62 tahun yang mengeluh kerap buang air kecil.

Selepas doktor melakukan imbasan CT, mereka menemui terdapat sebutir “telur” yang menekan pundi kencingnya.

Selepas dikeluarkan melalui pembedahan, berat “telur” tersebut ialah 220 gram.

Doktor menyebut telur berkenaan sebagai “Peritoneal Loose Body” yang apabila dipotong mengandungi gumpalan protein.

Kes lain berlaku terhadap lelaki berusia 60 tahun di Korea Selatan. Ketika lelaki ini menjalani laparoscopic, doktor menemukan “telur” pada abdomennya.

Kes ini tercatat dalam jurnal kedoktoran berjudul “Giant Peritoneal Loose Body in the Pelvic Cavity” oleh Joung Teak Jang, Haeng Ji Kang, Ji Young Yoon dan Seo Gue Yoon dari Department of Surgery, Seoul Song Do Hospital, Seoul, Korea.

Sementara itu, yang mungkin membuat pembaca fobia dan rasa tertipu barangkali adalah kisah seorang datuk dari Jakarta bernama Sinin. Sinin juga pernah mengaku boleh bertelur.

Namun, ketika doktor memeriksa telur yang didakwa keluar dari diduburnya, ternyata dakwaan itu palsu kerana ia hanyalah telur ayam biasa!.

Mari lihat video penuh di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *