Gelagat comel Siti Aafiyah Mengantuk “Tak boleh tidur lagi tau, tunggu maghrib ya..”.

Gelagat si comel, Siti Aafiyah Khalid iaitu anak kepada penyanyi tersohor negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza sering kali mendapat perhatian semua netizen yang mengikuti perkembangan baby Aafiyah di laman media sosial Instagram.

Walaupun Dato Siti dan Dato Khalid sangat sibuk orangnya, namun pasangan bahagia ini sentiasa mempunyai masa terluang untuk bermanja bersama dengan anak kesayangan, baby Aafiyah.

Baru-baru ini, Dato Siti ada berkongsi satu video di laman Instagram miliknya mengenai baby Aafiyah yang baru sahaja siap mandi, namun mata baby Aafiyah kelihatan mengantuk. Menerusi video yang dimuatnaik, Dato Siti berpesan kepada puteri kesayangannya itu “Tak boleh tidur lagi tau, tunggu maghrib ya..”.

Video tersebut juga telah dimuatnaik beserta dengan kapsyen “Aafiyah dah ngantuk lah ibu 😪”. Lembut ja suara Dato Siti bermanja dengan baby Aafiyah. Beruntung baby Aafiyah dapat ibu yang penyayang macam Dato Siti.

Tak sampai 10 minit baby Aafiyah dah pun terlena tidur. Rata-rata netizen memuji wajah baby Aafiyah sangat comel dan suara Dato Siti sangat merdu.

Mata baby Aafiyah dah kuyu…

Tak sampai 10 minit baby Aafiyah dah tertidur…

Lembut suara ibu, untung Aafiyah…

Alololo mata Aafiyah dah kuyu lah…

Geram, hisap puting…

Sumber: IG Siti Aafiyah Khalid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *