Dramatis Kak Nurin Misha Sudah Tiada

12 ogos 2018, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi berita sedih dengan kehilangan besar buat industri seni negara apabila pelakon serba boleh Nurin Misha atau lebih mesra disapa Kak Nurin diberitakan telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Ipoh awal pagi tadi.

Berita itu disahkan oleh seorang pengarah terkenal, Eoon Suhaini melalui akaun Instagram beliau. Kak Nurin banyak membintangi drama-drama sebagai pelakon pembantu dan mampu membawa watak sebagai emak dan pembantu rumah dengan berkesan.

Sudah pasti kehilangannya amat dirasai dan ketika artikel ini ditulis arwah baru sahaja muncul dikaca tv malam tadi dalam sebuah telemovie Arrafah yang ditayangkan melalui saluran TV3.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Manakala Setiausaha Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah berkata, Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri oleh anaknya di rumah mereka di Jalan Ipoh, di sini (semalam).

“Menurut anak arwah, arwah ditemui tidak sedarkan diri di rumah. Pasukan perubatan yang tiba di kediaman itu kemudian mengesahkan beliau sudah tiada.

“Industri seni kehilangan seorang lagi dramatis berbakat. Sepanjang terbabit dalam dunia lakonan, Allahyarham banyak membawa watak yang memberi impak kepada khalayak,” katanya kepada BH Online.

Jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid Kampung Batu Jalan Ipoh untuk urusan mandi dan solat jenazah sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Bangko di Jalan Kuching, di sini (semalam).

Allahyarham yang membintangi drama Arafah bersama Nabila Huda yang disiarkan TV3, meninggalkan suami dan 5 cahaya mata.

Ramai rakan di arena seni termasuk pengarah, jurusolek artis dan pelakon berkongsi kesedihan mengenai pemergian Nurin melalui laman sosial.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un

Doakan emak tenang di sana

“KAMI sekeluarga terkejut dengan pemergian arwah emak kerana selama ini emak sihat dan tidak pernah menghidap sebarang penyakit.

“Cuma adik (Nur Amira) beritahu emak hanya mengadu penat dan sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir, pagi tadi,” kata Muhd Affendi Alias, 28, yang juga anak ketiga pelakon drama, Nur Amisah Abdullah, 52.

Allahyarham Nur Amisah atau Nurin Misha meninggal dunia kerana sesak nafas di kediamannya di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, jam 9.30 pagi hari ini.

Menurut Muhd Affendi, kali terakhir dia bertemu ibunya pada Jumaat lalu di kediaman keluarganya.

“Saya juga tidak melihat sebarang perubahan sikap emak kerana dia melayan kami seperti biasa saja di rumah,” katanya.

Bagaimanapun, kata Muhd Affendi, arwah ibunya tidak bersendirian kerana ada ahli keluarga di sisi ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya di rumah.

“Mujur dua abang dan adik ada di rumah ketika itu. Buat masa ini, semua ahli keluarga berkumpul di rumah untuk menguruskan jenazah.

“Insya-Allah, jenazah arwah emak akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bangko, Jalan Kuching selepas solat Asar hari ini,” katanya.

Allahyarham meninggalkan suami, Alias Ariffin dan lima anak iaitu Muhd Noor Arif, 32, Muhd Razali, 30, Muhd Affendi, 28, Nur Amira, 25 dan Nuraleeya Maisara, 15.

Sepanjang hayatnya, arwah banyak berlakon dalam drama tempatan seperti Cinta Tiada Ganti dan terbaru Arafah yang disiarkan di TV3, malam semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *