Diumpan dengan 6 Ringgit.Gadis OKU di kenduri bergilir gilir oleh warga Bangladesh.

MUADZAM SHAH – Seorang wanita orang kelainan upaya di Felda Selancar 4, di sini, menjadi mangsa nafsu rakus dua warga Bangladesh apabila dirogol secara bergilir-gilir.

Dalam kejadian pada 3 Mei lalu sekitar jam 6 petang, perbuatan terkutuk dua lelaki warga asing masing-masing berusia 40 dan 45 tahun itu dilakukan di sebuah nurseri bunga tempat mereka bekerja yang terletak berhampiran rumah keluarga mangsa.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor, berkata, keadaan mangsa yang tidak terurus ketika pulang ke rumah menyebabkan seorang adik mangsa curiga.

Menurutnya, selepas beberapa minit ditanya dan didesak adiknya mangsa mengaku mengikut dua lelaki Bangladesh selepas diberikan wang RM6.

“Mangsa merupakan OKU lembam berusia 27 tahun dan dia mengikut kedua lelaki warga asing itu ke nurseri bunga berhampiran dengan berjalan kaki selepas menerima wang berkenaan.

“Apabila sampai di nurseri bunga tempat kedua warga asing itu bekerja, mangsa dirogol secara bergilir-gilir,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Azli berkata, hasil pengakuan mangsa, keluarganya telah membuat laporan polis pada sebelah malam hari yang sama.

“Selepas menerima laporan, polis segera bertindak dan kedua suspek ditahan pada malam itu juga dan kini direman selama tujuh hari,” katanya.

Sumber: sinarharian.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *