Dari 95 KG turun 73KG – Johan Berkongsi Cara Turun Berat Badan Dalam Masa 2 Bulan

Selepas menyedari berat badan kian bertambah, pengacara dan pelawak Johan mula mengambil serius tentang penjagaan pemakanannya.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, berkata, penambahan itu bermula apabila dia sering menemani isterinya, Ozlyn Wati, yang sarat mengandung lapan bulan itu makan malam sehinggakan berat badan pasangan itu bertambah.

“Sejak isteri mengandung, Ozlyn cukup suka memasak dan sayalah yang akan makan kebanyakan daripada masakannya, dia pun kuat ma-kan.

“Jadi, apabila kandungan turut terjejas dengan penambahan berat badan isteri, kami membuat keputusan untuk saling menjaga pemakanan antara satu sama lain.

“Dan sejak mula kawal pemakanan lapan bulan lalu, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak tujuh kilogram (kg) daripada berat asal iaitu 85 kg,” katanya.

Tambah penyampai radio Era FM itu, dia juga mengambil inisiatif dengan kembali aktif semula bermain sukan bola sepak bersama pemain-pemain veteran Selangor yang pernah ditinggalkannya dua tahun yang lalu.

Bagaimanapun, Johan berkata, keinginannya untuk mengurangkan berat badan bukan kerana cemburu dengan penampilannya yang jauh lebih kurus seperti di awal kemunculan dahulu, tetapi ia dilakukan demi penjagaan kesihatan.

Dalam pada itu, beritahu Johan, walaupun ingin mendapatkan berat badan yang ideal, dia tidak akan mengambil jalan pantas dengan mempercayai pengambilan pil kurus.

“Saya tidak percayakan pil kurus. Bagi saya, biarlah lambat, asalkan ia tidak menjejaskan kesihatan diri.

“Antara rutin pemakanan saya setiap hari ialah oat. Ia sangat mengenyangkan dan mampu menjaga kolestrol dalam badan,” ujarnya.

sumber: mstar

Video:

Dalam video Johan menyatakan beliau akan jogging setiap hari dan akan makan apa sahaja sebelum jam 5 petang. Pada sebelah malam beliau akan bermain bola sepak dan hanya minum air jika lapar selepas 5 petang.

Komen Peminat

sumber video: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *