Bonda Doakan Kamu Bahagia Bersama Fattah

Bila mendengar orang-orang berpengetahuan membaca doa dan menyampaikan ilmu, hati pasti akan tersentuh dengan penyampaian mereka apatah lagi ilmu tersebut amat berguna buat diri kita dan orang tersayang.

Mungkin itulah yang dirasai oleh pelakon, Nur Fazura apabila pendakwah dan pakar motvasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad atau lebih dikenali sebagai Prof Muhaya memberi ucapan dan doa kepadanya.

Pelakon filem J Revolusi itu telah memuat naik sebuah video yang kelihatan Prof Muhaya sudi memberikan hadiah iaitu merupakan sepasang telekung sempena perkahwinannya bersama pelakon, Fattah Amin pada November lalu.

Apa yang menarik perhatian, telekung dibawah jenama Muhayya itu baru sahaja dilancarkan dan Fazura merupakan individu pertama yang menerima dan akan memakai telekung tersebut.

“Bonda doakan Faz jadi wanita solehah, isteri mithali, ibu mithali, hidup penuh kebaikan, bahagia dunia akhirat bersama Fattah…” kata Prof Muhaya menerusi video berdurasi kurang seminit itu.

Rata-rata netizen tersentuh hati dan meluahkan perasaan sebak dengan doa yang disampaikan oleh pakar bedah mata itu serta turut mengaminkan doa tersebut.
Alhamdulillah, terharunya!

Sangat menyentuh hati…

Sebak pula, untung Faz!

Sumber : Nur Fazura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *