Bayi ini masih didukung dan dibelai selama 23 tahun. Dia menghidapi penyakit misteri dengan keadaan genetik luar biasa bersama harapan dapat dipulihkan

Manpreet Singh dilahirkan di Punjab, India pada tahun 1995 tetapi beratnya sehingga kini hanya 5 kilogram. Lelaki berusia 23 tahun ini terus menjadi bayi apabila pertumbuhannya terbantut selepas berusia setahun.

Dengan keadaan fizikal luar biasa seperti bayi, Manpreet Singh didukung ke mana sahaja oleh ahli keluarganya. Para saintis mempercayai Manpreet mengalami keadaan pertumbuhan genetik yang agak unik dan luar biasa, dan ia masih belum dikaji dan dapat didiagnos dengan sepenuhnya.

Dengan keadaan menghidapi satu penyakit misteri telah menyebabkan Manpreet Singh, seorang lelaki yang berusia 23 tahun telah hidup dengan terperangkap di dalam badan seorang bayi. Sehingga ada di kalangan penduduk tempatan dengan kepercayaan karut yang menganggapnya sebagai penjelmaan Tuhan.

Manpreet Singh digelar sebagai ‘lelaki kecil’ oleh jiran-jiran di Hisar, barat laut India dengan berat badan hanya 5 kilogram walaupun dilahirkan pada tahun 1995. Manpreet kini tinggal bersama bapa saudaranya, Karanvir Singh dan ibu saudara, Lakhwinder Kaur.

Walaupun dilahirkan dalam keadaan yang sihat semasa bayi, Manpreet berhenti membesar selepas berusia setahun, sebelum dia boleh berjalan dan bercakap. Kini Manpreet masih dijaga seperti bayi dan didukung ke mana-mana sahaja oleh ibu dan bapa saudaranya.

Oleh kerana kedua-dua ibu bapa Manpreet tidak berupaya menjaganya dengan baik, bayi dewasa ini telah dihantar untuk tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya di Hisar yang terletak 113 kilometer dari kediaman asal Manpreet di Mansa. Manpreet mempunyai seorang abang, Mangaldeep dan seorang adik perempuan, Jaspreet yang berusia 17 tahun. Kesemuanya berada dalam keadaan normal.

Saintis berpendapat Manpreet menghidapi penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Laron, satu keadaan pertumbuhan genetik yang jarang berlaku dan luar biasa. Terdapat 300 orang pesakit mengalami sindrom ini di seluruh dunia.

Keluarga Manpreet tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut keadaan Manpreet yang sebenar selepas dia berhenti membesar, sementara para doktor tempatan  berpendapat lelaki ini mungkin mengalami masalah hormon yang tidak seimbang.

Manpreet berkeadaan fizikal seperti bayi dimana otot kaki dan tangannya yang menonjol dan membengkak bersama kulit yang kendur. Manpreet hanya mampu bertutur dalam beberapa perkataan mudah, dengan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat tangan. Manpreet tidak boleh bercakap dengan sempurna yang hanya boleh ketawa, menjerit dan menangis seperti bayi jika dia mahukan sesuatu.

Manpreet berkeadaan fizikal seperti bayi dimana otot kaki dan tangannya yang menonjol dan membengkak bersama kulit yang kendur. Manpreet hanya mampu bertutur dalam beberapa perkataan mudah, dengan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat tangan. Manpreet tidak boleh bercakap dengan sempurna yang hanya boleh ketawa, menjerit dan menangis seperti bayi jika dia mahukan sesuatu.

Manpreet lebih suka tinggal dengan ibu dan bapa saudara berbanding ibu bapa sendiri. Manpreet akan berhenti makan dan minum serta tidak berhenti menangis sekiranya dia dihantar bertemu ibu bapa kandungnya. Keadaan bertukar ceria dan gembira setelah dia kembali tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya di Hisar.

Doktor yang pernah melihat keadaan Manpreet masih menjalankan siasatan sebelum menentukan diagnos penuh untuk mengenal pasti penyakit sebenar yang dihidapi oleh Manpreet.

Dengan berasa bimbang akan masa depan Manpreet, keluarganya telah cuba mencari jalan dan dana menerusi laman sosial (Go Fund Me India) untuk mengubati penyakit misteri ini.

Karanvir Singh yang bekerja sebagai pemandu teksi tidak mampu menyediakan pembiayaan untuk memulakan rawatan bagi penyakit Manpreet. Menurut Karanvir, kos untuk menjalankan kajian dan penyiasatan serta rawatan permulaan bagi penyakit Manpreet sahaja telah menelan belanja RM30,000 yang tidak dapat ditanggung olehnya.

Oleh itu, Karanvir memohon sekiranya ada pihak yang dapat membantu memberikan sumbangan untuk memulihkan penyakit Manpreet Singh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *