Baby Shima Pengsan Di Atas Pentas Live Big Stage Disangkakan Gimik Oleh Penonton Yang Bersorak

Kehidupan seorang artis sememangnya adalah indah khabar dari rupa terutama kehidupan artis muda yang baru sahaja menempa nama dalam industri hiburan tanah air. Mereka mungkin nampak tersenyum di dalam kacamata televisyen namun mereka kebanyakannya berusaha keras untuk menghiburkan peminat masing masing dan mereka kebiasaannya mempunyai jadual yang amat padat yang menyebabkan mereka kadang kadang tidak cukup rehat.

Mungkin keadaan itu jugalah berlaku pada seorang artis muda Malaysia yang berasal dari Johor iaitu Baby Shima yang telah pengsan dan viral di laman sosial video persembahan beliau yang diikuti sorakan padu dari peminatnya. Baby Shima pada awalnya kelihatan berjaya menyanyikan lagunya dengan sempurna namun setelah beberapa ketika Baby Shima kelihatan tumbang diatas pentas nyanyiannya.

 

Pada awal Baby Shima tumbang diatas pentas, penonton yang menyaksikan persembahan tersebut bersorak atas persembahan yang diakhiri dengan Baby Shima pengsan dan menganggap ianya hanyalah gimik semata mata di konsert reality BIG Stage tersebut. Namun ianya jelas bukannlah gimik apabila Baby Shima tidak bergerak sehingga pengacara rancangan tersebut memanggil beberapa orang krew untuk mengangkat beliau.

Suasana menjadi kecoh terutama apabila petugas produksi bergegas mengangkat Baby Shima ke belakang pentas. Bagaimanapun, keadaan kembali tenang apabila produksi memaklumkan artis yang berasal dari Johor itu sudah sedarkan diri dan stabil.

Persembahan tersebut diteruskan seperti biasa dengan seorang lagi peserta Andy Barnadee.

 

 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertarungan  bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Big Stage disertai 10 penyanyi iaitu Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel, Sissy Iman dan Wani Kayrie.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tik Tok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Layari laman web http://www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *