Apabila Dato Siti & Mark Adam di minta menari Hajat Dance bersama Hael Husaini, Memang Gamat Studio. Comel Jer..

Muncul satu lagi cabaran tarian yang diilhamkan daripada lagu Hajat nyanyian Hael Husaini. Menggunakan hashtag #hajatdancechallange, aksi yang ditampilkan daripada muzik video Hael mula menjadi ikutan para peminat.

Hael atau Hal Husaini Razmi melancarkan single ketiganya itu minggu lalu.

Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 itu kini mengungguli carta trending di saluran Youtube sejak beberapa hari lalu.

Terbaru di pentas Big Stage , Dato Siti di panggil oleh Sherry Al hadad untuk menari hajat dance selepas persembahan Hael sebagai duet jemputan. Tidak menghampakan peminat Dato Siti naik ke pentas untuk bersama menari ‘Hajat dance’

Video:

Dato Siti menari Hajat Dance

Comel je Dato Siti, Mark Adam di minta menari Hajat Dance bersama Hael Husaini.

Posted by Semua Video Non Stop on Ahad, 19 Ogos 2018

Terdahulu

LEPAS DEMAM #TIKTOK DAN #KEKECHALLENGE, SEKARANG ORANG BERALIH KE #HAJATDANCECHALLENGE PULA

BELUM reda dengan tarian Kiki Challange yang menjadi ikutan ramai termasuk golongan selebriti, kini muncul satu lagi cabaran tarian yang diilhamkan daripada lagu Hajat nyanyian Hael Husaini.

Menggunakan hashtag #hajatdancechallange, aksi yang ditampilkan daripada muzik video Hael mula menjadi ikutan para peminat.

Hael atau Hal Husaini Razmi melancarkan single ketiganya itu minggu lalu.

Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 itu kini mengungguli carta trending di saluran Youtube sejak beberapa hari lalu.

Lagu itu yang baru sahaja dimuat naik di YouTube beberapa hari lalu, tetapi tontonan dah lebih 1.3 juta, #1 paling trending tu. Yang membezakan lagu Hajat berbanding lagu-lagu Hael Husaini sebelum ini ialah aksi tarian yang ditampilkan bersama dua pelawak Malaysia iaitu Sherry Alhadad dan Syuhaida Abraz (Dottie) dengan penampilan khas bintang Thailand Happy Polla.

Korang yang belum tengok klip video Hajat ni, jom layan video ni.

Ramai yang cuba-cuba menari tarian lagu Hajat menggunakan hashtag #hajatdancechallenge. Antara banyak-banyak ni, yang mana satu korang paling suka?

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *