Akibat Ditolak Oleh Rakannya Dari Ketinggian 60 Kaki, Wanita Ini Alami Patah 5 Tulang Rusuk

Viral video detik seorang remaja perempuan ditolak dari jambatan, walaupun dia telah memaklumkan dia terlalu takut untuk melompat.

Video viral itu menunjukkan, Jordan Holgerson, 16, berdiri di belabas jambatan di atas Lewis River di Yacolt, Washington, bersama dengan rakan-rakannya di belakang.

Dia memberitahu rakannya, “Tidak” untuk kali kedua dalam video itu, malangnya kumpulan terbabit masih bertegas mahu dia berbuat demikian.

Kemudian, tiba-tiba seorang lelaki bertanya, “Bersedia?” dan terus salah seorang individu menolak Jordan dari jambatan itu.

Jordan terjatuh dari ketinggian 60 kaki ke sungai di bawah dan mendarat dengan bunyi sentakan yang kuat membuatkan rakannya terkejut.

“Ini kali pertama saya di jambatan itu,” kata Jordan ketika ditemui di hospital, yang cedera akibat kejadian itu.

“Ketika terjatuh, saya rasa saya pengsan. Tetapi saya tersedar selepas terhempas di permukaan air. Ada seseorang yang segera terjun ke sungai dan menyelamatkan saya,” katanya.

Difahamkan, Jordan dikejarkan ke PeaceHealth Southwest Washington Medical Center di Vancouver, Washington.

Ibunya, Genelle Holgerson berkata, anaknya mengalami kecederaan dalaman dan retak lima tulang rusuk. Selain itu, mangsa juga mengalami lebam di bahagian esofagus, trakea, dada dan paru-paru.

Tidak diketahui berapa lama Jordan akan ditahan di hospital. Jordan berkata, rakan yang menolaknya pada hari kejadian telah meminta maaf namun tindakan itu tidak cukup memuaskan baginya.

“Saya boleh kehilangan nyawa dan boleh menjadi lebih teruk,” katanya yang juga mendedahkan individu yang menolaknya itu adalah wanita dewasa.

“Saya kecewa dengan dia,” kata Genelle yang mahu wanita itu tampil dan bertanggungjawab.

“Dia orang dewasa dan saya pasti dia lebih tahu kesan dari tindakannya itu,” katanya lagi.

Sementara itu, netizen berkata, individu yang melakukan perbuatan itu patut dipenjarakan kerana perbuatannya yang tidak bertanggungjawab itu boleh meragut nyawa mangsa.

Ketua Bomba Daerah Clark, Ben Peeler mengesahkan aktiviti melompat dari jambatan itu adalah tidak diharamkan. Polis juga sedang menyiasat kejadian itu.

Sumber: Daily Mail via The Reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *