Ahmad Maslan Cipta Bukan Satu Tapi Tiga Perkataan Baru Yang Sesuai Untuk Gantikan Pakatan Hancing (PH)

Hari ini genap 100 hari manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan (PH), yang sebahagian besarnya tidak tertunai dan seperti yang diduga, isu ekonomi negara masih dimainkan sebagai helah kerajaan untuk menangkis kritikan rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Video Penuh Di Akhir Artikel

Justeru katanya, tidak seperti kebanyakan kerajaan di negara lain yang biasa akan meraikan kejayaan 100 hari memerintah, namun di Malaysia tiada sebarang acara diadakan oleh Kerajaan PH bagi meraikan 100 hari mereka kerana tiada apa kejayaan besar yang dicapai untuk dibanggakan.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tempoh lima tahun tidak cukup untuk ‘memperbaiki kerosakan’ yang ditinggalkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sementara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah pula berkata dengan angkuh bahawa PH tidak perlu meminta maaf di atas kegagalannya menunaikan janji yang terkandung di dalam manifesto.

“Semua kenyataan ini adalah alasan dan jelas mengambarkan kegagalan Kerajaan PH melunaskan janji mereka,” bidas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Persoalannya, katanya, apakah tempoh 22 tahun Dr Mahathir ketika menjadi perdana menteri keempat mencipta kejayaan tanpa cacat-cela dan bukankah tempoh dan pengalaman beliau yang begitu lama mentadbir Malaysia sepatutnya sudah cukup membantu beliau melunaskan janji 100 hari PH? – UMNO ONLINE

Kakistocrasy Kelentongkrasi Dan …
Dalam satu temuramah bersama Ahmad Maslan beliau telah mengeluarkan satu ayat baru untuk menggambarkan kerajaan Pakatan Harapan yang gagal melunaskan janji Manifesto 100 Hari.

Munafiqkrasi
Ayat “Munafiqkrasi” yang disebutkan oleh Ahmad Maslan membuat si penemuramah terpegun sebentar kerana ini satu ayat baru. Sila lihat video penuh dibawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *