Ada yang masih demam rindukan #JanganBenciCintaku ke? Tak perl risau. Semalam “roh” Mama Fika muncul dalam diri I masa I nampak kelibat Husna kat KLCC semalam.

Walau pun orang ramai, Mama Fika tetap pakai suara konti dalam JBC untuk soal Husna.. Dulu kacau Shah!! Semalam sapa pulak dia bawak!!! .

Kidding ok kidding! Bumped into my darling @nienabaharun.nb last night in KLCC and dgn hubby dia sekali i harassed. Sporting hubby dia sengih2 je tangok i buat gila .

Comel HUsna sedang berbadan dua sekarang.

Husna dengan Suaminya.

Terbaru. Baru saje menerima gelaran Datin. Wahhh .. Daa tak boleh panggil kakak dah .. Kena panggil Datin . Tahniah dihari yg bersejarah tarikh sangat cantik.Tahniah Dato n Datin @nienabaharun.nb

VIDEO:

husna

klcc

Posted by IKepoh on Ahad, 19 Ogos 2018

Mungkinkah?

Antara komen-kome Peminat

“Gangguan emosi…kemurungan sbb tgk cite ni🤣🤣🤣satu2nya drama yg bjaya buat saya emo..hahaha”

“mohon buat cover utk husna mcm ni lak kak “

“Cute.. Nya husna.. Saya minat sangat husna.. Fika.”

“Brulang kali tgk…. Sambil tergelak2.. Abis la husna…. 😋 😋 Yg si husband trgelak2 tgk ragam mama fika…”

“Jangan benci saya” – Saharul Ridzwan

KUALA LUMPUR 27 Julai – Pelakon Saharul Ridzwan, 29, merayu kepada peminat fanatik drama Jangan Benci Cintaku agar tidak membenci dirinya, selepas menonton drama berantai tersebut.

Jangan Benci Cintaku arahan Pali Yahya merupakan antara drama yang menjadi bualan hangat dalam kalangan penonton drama tempatan sekarang.

Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd., yang disiarkan menerusi slot Akasia, pukul 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat itu, Saharul melakonkan watak utama sebagai Shahrizal Hayrat atau Shah.

Turut berlakon dalam drama 28 episod itu ialah Zahirah MacWilson yang berlakon sebagai Rafeeqa Huda, Niena Baharun (Husna), Izzue Islam (Syazwi) dan Daler Yusuf (Irwan).

Saharul Ridzwan atau Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, berharap penonton tidak terlalu ekstrem dengan watak-watak yang ditonjolkan dalam drama tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya hari ini, Saharul berharap penonton terutamanya mak cik-mak cik di luar sana tidak membencinya.

“Tujuan saya buat video ini nak bagi tau semua orang di luar sana, saya adalah Sahahrul Ridzwan bukan Shah. Saya menjadi Shah hanya di dalam cerita dan di luar saya Saharul. Jangan lah kat luar tu datang-datang pukul saya, terutamanya mak cik-mak cik yang benci Shah tu, kasihanlah kat saya,” pintanya.

Kata-kata Saharul itu sekadar untuk mengingatkan peminatnya agar tidak terpengaruh dengan drama adaptasi novel tulisan novelis Emy Roberto itu.

Apapun, sekarang ini drama Jangan Benci Cintaku, merupakan antara yang paling mendapat rating tinggi dalam kalangan penggemar drama tempatan. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *