7 Monumen Dan Skulptur Pelik Di seluruh Dunia

monumen skulptur patung pelik pelik

Jika di Malaysia ada tugu negara bagi memperingati perajurit-perajurit yang terkorban bagi mempertahankan keamanan negara, di negara-negara lain juga ada monumen-monumen yang dibuat bagi memperingati sesuatu peristiwa atau mana-mana individu yang istimewa. Berikut adalah beberapa monumen yang menarik tetapi pelik dan sangat aneh wujud di serata dunia.

1. Monumen Pelupusan Radioaktif

monumen dan pusat buangan radioaktif

Sebuah bangunan besar berwarna oren terang dengan panjang seperti sebuah padang bola dan ketinggian 130 kaki. Terdapat formula saintifik seperti “E = MC2” yang ditulis dengan besar dan berwarna hijau terang di bahagian luar bangunan.

Terletak di Nieuwdorp, Belanda, ia adalah gudang pelupusan sisa buangan yang menyimpan beribu-ribu tan sisa buangan radioaktif yang beradiasi tinggi, dikumpul dari dua pusat jana kuasa di Belanda. Ia juga merupakan karya seni yang dibina sebagai monumen kepada kerosakan akibat kesan radioaktif.

Dikenali secara rasmi sebagai Habog Facility, ia siap dibina pada tahun 2005, dan menjadi ‘rumah’ kepada sisa buangan radioaktif hampir mencecah 100 tahun. Warna oren ini akan pudar dari masa ke semasa. setiap 20 tahun ia akan dicat dengan lapisan oren yang lebih terang sebagai simbolik kepada proses metamorphosis.

Dengan cara ini, menurut kerajaan, akan mendidik orang awam tentang pengurusan yang sisa buangan radioaktif dengan selamat. (Bonus: Anda boleh masuk ke dalam bangunan ini. Ia memiliki pusat untuk pelawat dan juga muzium, dan ia adalah destinasi pelancongan yang agak terkenal.)

2. Monumen Jagung Gergasi

monumen jagung gergasi ini untuk menghargai jasa seorang petani

Sebuang padang yang dipenuhi dengan monument jagung gergasi berwarna putih, dengan setiap satunya berketinggian lebih enam kaki ini berada di Ohio. Karya seni ini dicipta sebagai tugu peringatan kepada Sam Frantz, seorang petani tempatan yang menggunakan padang tersebut dari sekitar 1930-an hingga 1960-an untuk membangunkan beberapa jenis jagung kacuk (hybrid). Jagung hybrid inilah yang banyak dijual di pasaraya besar masakini.

Pembinaan monumen tersebut adalah di atas arahan City of Dublin Arts Council, dan direka oleh Malcolm Cochran, seorang profesor kesenian di Ohio State University. Terdapat 109 tongkol jagung konkrit di padang tersebut, yang meliputi kawasan seluas dua ekar. Setiap satu daripadanya berketinggian sekitar lapan kaki dan berat lebih dari 650 kilogram.

3. Monumen Krampus Si Pemakan Budak

monumen makhluk aneh sedang memakan kepala bayi yang menakutkan

Pancutan air awam di tengah-tengah dataran di bandar lama Bern, Switzerland, dengan lajur/tiang yang tinggi dan di puncaknya terdapat patung yang berupa satu makhluk yang menjengkelkan sedang menggigit kepala seorang bayi yang berbogel. Terdapat tujuh lagi bayi disampingnya – semuanya kelihatan berada dalam ketakutan.

Nama pancutan air tersebut, Kindlifresserbrunnen, secara literal bermaksud “Child-Eater Fountain.” Ia telah wujud di situ selama 450 tahun (sejak 1546), apabila ia telah dibina oleh seorang pengukir bernama Hans Gieng. Tiada siapa yang tahu apa yang cuba disampaikan dengan binaan tersebut. Satu teori yang ada adalah makhluk itu mewakili Krampus, makhluk mitos yang sangat popular di Eropah ketika Zaman Pertengahan, yang dikatakan akan menghukum kanak-kanak yang nakal ketika perayaan Krismas.

4. Monumen Kuda Mati Dalam Keadaan Terbalik

monumen aneh di lucerna palace

Monumen ini berupa seekor kuda yang sudah mati digantung dari siling dengan tali diikatkan di kakinya, dengan lidah yang terjelir bersama seorang lelaki seperti raja yang duduk di atas perutnya. Diukir menggunakan gangsa, ia dipanggil Kun (Kuda), digantung di siling Lucerna Palace yang popular di Prague, Republik Czech, iaitu sebuah galeri terbuka yang menempatkan beberapa buah kedai, restoran, bar, dan tempat pertunjukan.

Ia dicipta pada tahun 1999 oleh seorang artis pembangkang bernama David Cerny, dimana banyak ukirannya mencetuskan kontroversi di Republik Czech. Kun adalah parodi kepada sebuah tugu terkenal, Saint Wenceslas yang menghadap Dataran Wenceslas di bandar tersebut. Monumen ini juga dikatakan sebagai sindiran kepada pemimpin Czech yang bernama Vaclav Klaus, yang sering dijadikan sasaran oleh Cerny untuk hasil karya seninya.

5. Monumen Kaki Pengkhianat Negara

monumen pembelot amerika yang terkenal

Sebiji batu nisan yang berketinggian kira-kira lima kaki, dengan ukiran seakan kasut but di permukaannya. “Boot Monument” adalah tugu peringatan kepada pembelot Amerikayang terkenal , Benedict Arnold, seorang jeneral yang berjuang untuk Amerika ketika Perang Revolusi dan kemudian berpaling tadah dan menjual rahsia kepada British.

Ia didirikan pada tahun 1887 sebagai pengiktirafan terhadap luka pada kakinya ketika berjuang untuk pihak Amerika – sebelum beliau menjadi pengkhianat dalam Pertempuran Saratoga yang penting pada tahun 1777. Tugu peringatan tersebut terletak berhampiran dengan lokasi Arnold tercedera di tempat yang sekarang ini dipanggil Saratoga National Historic Park.

Satu tulisan di belakang tugu peringatan tersebut mengatakan bahawa ia telah didirikan untuk “tentera paling cemerlang” dari Tentara Kontinental, yang tercedera dengan teruk di lokasi ini “… tetapi langsung tidak menyebut nama Arnold. Ia satu-satunya monumen perang Amerika yang didedikasikan kepada askar tertentu tetapi tidak menyatakan nama askar tersebut.

6. Monumen Ikan Jerung Protes Nuklear

monumen jerung gergasi merempuh rumah yang menarik perhatian ramai

Seekor ikan jerung berukuran 25 kaki yang dibuat dari gentian kaca ‘melekat’ di atas bumbung sebuah rumah di Headington, satu kawasan pinggir bandar di Oxford. Ikan jerung gergasi ini ini direka oleh seorang pengukir Inggeris bernama John Buckley, dan diarahkan oleh pemilik rumah, Bill Heine, penyampai radio BBC.

Ia telah ‘dipasang’ pada 9 Ogos,1986, ulangtahun ke 41 untuk serangan nuklear Amerika Syarikat terhadap bandar Nagasaki di Jepun, sebagai tanda protes kepada kedua-dua senjata nuclear dan juga tenaga nuclear. Heine memberitahu wartawan, “Ikan jerung ini adalah untuk menunjukkan perasaan seseorang yang sangat tidak berpuas hati dengan merobek lubang di bumbung rumah mereka sebagai tanda kemarahan.’’ Majlis Perbandaran Oxford tellah cuba untuk mengeluarkan monumen tersebut, tetapi akhirnya terpaksa mengalah disebabkan oleh monumen ini yang biasanya dikenali sebagai Headington Shark, adalah sangat terkenal.

7. Monumen Najis

monumen najis besar ini sebagai peringatan kepada orang ramai

Sebuah monumen tahi atau najis besar ini berwarna coklat, dan berkilauan di atas sebuah tapak marmar di hadapan sebuah bangunan di Chicago. Ukiran setompok najis besar ini diukir oleh seorang artist bernama Jerzy S.Kenar, dan ia terletak di atas satu tapak berketinggian tiga kaki di hadapan studionya. Tulisan di bahagian hadapan tapak marmar adalah perkataan “Shit Fountain.”

Semasa pelancaran arca tersebut dalam satu keraian pada 4 Julai 2005, Kenar menjelaskan bahawa, “didedikasikan kepada semua anjing di kejiranan,” tetapi kemudiannya mengakui bahawa ia ditujukan kepada seorang pemilik anjing tempatanyang kerap kali tidak membersihkan najis binatang peliharaan mereka di kaki lima dan juga taman-taman di bandar tersebut. Anda mahu berswafoto dengan monument najis ini?Alamatnya adalah di 1001 North Wolcott Avenue, di Chicago East Village. (Nota: Jika najis tersebut diukir dengan bentuk yang lurus, yang dibuat daripada gangsa, panjangnya adalah berukuran lebih dari enam kaki.)

Kredit: neatorama.com

sumber: iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *