5 Perkara Tentang Mat Sabu Yang Anda Mungkin Belum Tahu!! Tak Sangka No.3 Tu…

Satu barisan kabinet baru telah diperkenalkan dan YB Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah dilantik menjadi Menteri Pertahanan Malaysia yang terkini.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia .Beliau telah dipilih ke jawatan tersebut pada tahun 2011 sebagai calon berfahaman sederhana menewaskan Nasharuddin Mat Isa.Sebelumnya beliau telah pernah terpilih sebagai salah seorang dari Naib Presiden PAS. Beliau merupakan satu-satunya pemimpin yang bukan dari kalangan ulama yang terpilih menjadi timbalan presiden dalam tempoh 25 tahun.

1. Mat Sabu dilahirkan pada 14 Oktober 1954 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang


Beliau melanjutkan pengajian di Pulau Pinang sebelum menyambung pelajaran jurusan pemakanan di UiTM.

2. Mat Sabu atau Abang Mat terlibat di dalam politik sejak tahun 1975

Pada ketika itu, beliau telah menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan seterusnya pada tahun 1981, beliau menyertai parti Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau merupakan seorang ahli politik yang kental dan berpengalaman, pernah menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, AJK PAS Pusat, Naib Presiden dan juga jawatan terakhir sebagai Timbalan Presiden PAS.

3. Mat Sabu pernah menentang DS Anwar Ibrahim pada plihan raya 1986

Mat Sabu yang ketika itu bertanding untuk PAS telah menentang DS Anwar Ibrahim dari parti ABIM untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh tetapi beliau tewas.

4. Ketika Mat Sabu menjadi ahli Parlimen sekitar era arwah Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah dipuji oleh arwah kerana kelantangannya berhujah dalam Parlimen

Dikatakan ada menteri yang takut nak berlawan dengan kelantangan berhujahnya.

5. Penyertaan Mat Sabu dalam politik bukan calang-calang bahkan semua pernah dirasainya

Mat Sabu pernah meringkuk dalam ISA dan dibuang daerah, ditangkap puluhan kali dan didakwa atas pelbagai tuduhan serta mengalami kecederaan semasa demonstrasi di mana kakinya dilanggar oleh kenderaan pihak berkuasa ketika demontrasi BERSIH 2.0.

Selain itu, pada perhimpunan BERSIH 1.0 yang berlangsung pada 10 November 2007, beliau merupakan Pengerusi Gerakan Mobilisasi dan Demokrasi dan Komander Himpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH).

Kemudiannya Mat Sabu memimpin BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Himpunan Tolak GST dan banyak lagi.

Mat Sabu menganggap mandat sebagai Menteri Pertahanan merupakan satu cabaran besar buatnya, menurut laporan Astro Awani.

“Saya ingin tahu apa yang berlaku dalam kementerian ini dan perkara yang perlu dilakukan serta cadangan yang bakal dikemukakan,” katanya.

Video penuh :

Sumber : says

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *