11 Foto Inilah Lelaki Pertama Buat Pemindahan Wajah Yang Pertama Di Amerika. Selepas Pembedahan Inilah Wajah Barunya.

Secara zahir, lelaki ini dilabel sebagai ‘lelaki tanpa wajah’. Walaupun seluruh wajahnya telah terbakar dan melecur teruk akibat kemalangan elektrik, beliau tidak pernah berputus harapan dan akhirnya menerima pemindahan lengkap wajah pertama dan terulung di Amerika Syarikat.

Sekali lagi , beliau telah dapat merasai sentuhan dan ciuman kasih sayang anak perempuannya.Pada tahun 2008, Dallas Wiens yang berasal dari Fort Worth, Texas telah mengalami kemalangan elektrik bervoltan tinggi ketika sedang mengecat sebuah gereja.

Semasa dihantar ke hospital, tiada doktor yang berfikir Dallas akan selamat apabila melihat keadaannya.Tenaga elektrik bervoltan tinggi itu telah menyambar seluruh muka Dallas dan merenjat kejutan membawa luka kepada keseluruhan badannya.

Dallas juga mengalami kecederaan tulang belakang yang serius. Doktor menyangka yang Dallas akan lumpuh dari leher dan ke bawah sekiranya beliau terselamat.

11 Foto Inilah Lelaki Pertama Buat Pemindahan Wajah Yang Pertama Di Amerika. Selepas Pembedahan Inilah Wajah Barunya.

Dallas berada dalam keadaan koma selama tiga bulan. Semasa waktu itu, Dallas telah menjalani berbelas siri pembedahan membaik pulih badannya.

Semasa Dallas dibiarkan dalam keadaan koma , wajahnya telah tiada. Dallas tiada hidung, bibir, kening dan kedua belah matanya. Dallas telah diisytiharkan kekal buta sepenuhnya.

11 Foto Inilah Lelaki Pertama Buat Pemindahan Wajah Yang Pertama Di Amerika. Selepas Pembedahan Inilah Wajah Barunya.

Walaupun menyedari beliau telah kehilangan kehidupan, Dallas berjiwa kental dan telah dapat bertahan dan dengan segera pulih dari kecederaan melalui cara yang luarbiasa. Anak perempuannya yang berusia 2 tahun pada ketika itu memberinya motivasi untuknya meneruskan perjuangan untuk hidup.

Dallas mahu menyentuh dan berhubung dengan anak perempuannya semula.

11 Foto Inilah Lelaki Pertama Buat Pemindahan Wajah Yang Pertama Di Amerika. Selepas Pembedahan Inilah Wajah Barunya.

Dallas mula belajar bertutur dengan menggunakan lidah dan gigi. Beliau tidak mahu menggunakan kerusi roda, walaupun telah diberitahu yang dirinya akan lumpuh seumur hidup.

Dallas mula menggerakkan seluruh badannya dengan bersenam dan tidak hanya berbaring di katil hospital. Dallas telah menunjukkan kemajuan yang sangat besar dan menakjubkan.

Pada musim bunga tahun 2009, Dallas telah dibenarkan keluar dari hospital. Dan pada bulan May 2010, Dallas telah dapat berjalan semula. Namun, Dallas masih tidak dapat merasai sentuhan dan ciuman anak perempuan tersayang di wajahnya.

Jadi pakar bedah plastik, Dr.Jeff Janis telah mencadangkan pembedahan pemindahan wajah lengkap ke atas Dallas. Dengan serta merta Dallas telah bersetuju untuk mengambil segala risiko pembedahan yang rumit itu.

Prosedur pembedahan itu adalah yang terulung dan pertama dijalankan di Amerika Syarikat dan ketiga di dunia.

11 Foto Inilah Lelaki Pertama Buat Pemindahan Wajah Yang Pertama Di Amerika. Selepas Pembedahan Inilah Wajah Barunya.

Dr. Jeff Janis menyatakan dalam sidang akhbar, “Saya merasakan yang Dallas mempunyai tujuan hidup iaitu beliau ingin merasai ciuman anak perempuan di wajahnya dan tiada apa yang dapat menghalangnya dari melakukan pembedahan itu.”

Dallas pula berkata, “Saya boleh hidup seperti ini tetapi tidak mahu begitu kerana saya mempunyai anak perempuan. Saya mahu merasai kembali ciumannya di wajah ini.”

11 Foto Inilah Lelaki Pertama Buat Pemindahan Wajah Yang Pertama Di Amerika. Selepas Pembedahan Inilah Wajah Barunya.

Pemindahan wajah itu telah dilakukan di Hospital Wanita Brigham pada tahun 2011. Sepasukan pakar bedah seramai 30 orang doktor dan kakitangan hospital telah menjalankan pembedahan pemindahan wajah itu yang diketuai oleh Dr.Bohdan Pomahac.

Pembedahan itu telah memakan masa selama 17 jam.

11 Foto Inilah Lelaki Pertama Buat Pemindahan Wajah Yang Pertama Di Amerika. Selepas Pembedahan Inilah Wajah Barunya.

Pembedahan pemindahan wajah lengkap yang pertama itu telah berjaya dan melakar sejarah perubatan di Amerika Syarikat. Kecuali mata Dallas yang tidak dapat dibaiki lagi, keseluruhan wajahnya telah dapat dibentuk dan beliau telah dapat merasai deria sentuhan di wajahnya.

Akhirnya Dallas telah dapat merasai ciuman anak perempuan di wajahnya. Apa yang penting , Dallas dapat merasai udara, menghidu bau dan bernafas melalui hidungnya.

Perkara yang paling membuat Dallas Wiens berasa sangat gembira dan berpuas hati ialah apabila anak perempuannya memberi restu dengan mengatakan, “Ayah sangat kacak.”

Apabila ditanya akan masa depannya, Dallas yang pada waktu itu berumur 26 tahun berkata,”Saya hanya mahu menjadi seorang bapa yang terbaik pada anak perempuan saya dengan memberikan kasih sayang dan keperluan yang diperlukan dengan cara yang sebaik mungkin, disamping menamatkan pengajian saya.”

Baginya, Dallas masih bapanya yang lama dan itu satu perkara yang sangat hebat.

11 Foto Inilah Lelaki Pertama Buat Pemindahan Wajah Yang Pertama Di Amerika. Selepas Pembedahan Inilah Wajah Barunya.

Setahun kemudian, kehidupan Dallas Wiens berubah lagi. Dallas menemui jodoh dan kekasih hatinya, Jamie Nash dari Garland yang merupakan rakan dari kumpulan sokongan mangsa kebakaran.

Jamie hampir mati ketika mengalami satu kemalangan kereta pada tahun 2010 yang telah menyebabkan kedua lengan, bahagian belakang dan kakinya telah melecur dengan teruk.

Kedua pasangan ini merasai kesakitan dan kesengsaraan yang sama dan pengalaman itu amat difahami oleh kedua-duanya.

11 Foto Inilah Lelaki Pertama Buat Pemindahan Wajah Yang Pertama Di Amerika. Selepas Pembedahan Inilah Wajah Barunya.

Pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2013 di gereja yang sama ketika Dallas Wiens mendapat kemalangan yang memusnahkan wajahnya. Kata Dallas, “Di sinilah saya telah tercedera dan di sini juga saya telah dilahirkan. Di sini bermulanya perjalanan hidup saya yang lebih bermakna dan hebat.

Kami kembali untuk memulakan segalanya. Tiada sebab untuk melihat dan meratapi masa lampau.”

11 Foto Inilah Lelaki Pertama Buat Pemindahan Wajah Yang Pertama Di Amerika. Selepas Pembedahan Inilah Wajah Barunya.

Apa yang mengagumkan, Dallas telah memberitahu majalah People yang beliau tidak memerlukan wajah lamanya kembali.

“Ia seperti tidak berguna dan kosong. Kini saya sangat gembira dan berpuas hati. Saya menemui Jamie dan saya sangat bersyukur. Apa yang telah saya lalui telah menjadikan saya seorang manusia yang hebat kini.”

Kini , Dallas Wiens yang telah berusia 32 tahun dan isterinya, Jamie hidup bahagia dan berharap dapat berkongsi kisah mereka bersama orang lain yang dapat memberi inspirasi dan galakan dalam kehidupan.

11 Foto Inilah Lelaki Pertama Buat Pemindahan Wajah Yang Pertama Di Amerika. Selepas Pembedahan Inilah Wajah Barunya.

Kata Jamie, “Ini adalah satu kisah harapan dan kisah benar dari mereka yang telah terselamat dari maut. Maksud saya, jika kami boleh melakukannya dengan tabah dan cekal, saya boleh menjamin mereka di luar sana juga boleh melakukannya dengan apa jua masalah mereka.

Kami ada kisah kami yang tersendiri untuk dikongsi bersama.” Kata mereka, “Kami melalui segala kepahitan , kesengsaraan dan dugaan. Dan kami mahu memberi semua orang dengan harapan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *